90,000 Pro-Palestin Penuhi Jambatan Sydney, Tolak Kekejaman Zionis Di Gaza

SYDNEY, 4 Ogos – Lebih 90,000 penunjuk perasaan pro-Palestin memenuhi Jambatan Pelabuhan Sydney pada Ahad, bagi membantah kekejaman Israel di Gaza.

Peserta turut mendesak Australia menghentikan sokongan ketenteraan tidak langsung kepada rejim Zionis.

Perarakan diteruskan walaupun polis cuba mengharamkannya, namun ditolak mahkamah.

Peserta membawa bendera Palestin dan kain rentang sambil melaungkan slogan solidariti.

Sementara itu di Melbourne, polis antirusuhan menghalang cubaan peserta menyekat Jambatan Kings Street.

Di Gaza, enam lagi maut akibat kebuluran, menjadikan angka korban mencecah 175 termasuk 93 kanak-kanak.

Laporan PBB minggu lalu turut mendedahkan ratusan mangsa turut terbunuh berhampiran kemudahan bantuan dikendalikan Yayasan Kemanusiaan Gaza (GHF).

Namun agensi itu menafikan tuduhan terbabit dan mendakwa hanya melepaskan ‘tembakan amaran’. – VIORY

Sumber: Berita RTM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Hamas Hanya Akan Letak Senjata Jika Palestin Merdeka

Next Post

Angka Korban Di Gaza Cecah 60,839 Orang

Related Posts