
GAZA, 14 Rejab, 1445H, Selasa – Sekurang-kurangnya 70 kanak-kanak terkorban dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza dalam tempoh lima hari, menurut Pertahanan Awam.
Sejak perang 7 Oktober 2023, lebih daripada 46,500 orang telah terkorban, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, manakala lebih 109,600 lagi cedera akibat serangan tidak henti-henti yang menyasarkan wilayah terkepung itu.
Pertahanan Awam menyeru komuniti antarabangsa untuk segera campur tangan bagi menghentikan keganasan dan memberikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza yang terjejas.
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada November 2024 telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant, atas dakwaan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.
Selain itu, Israel turut berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) susulan operasi ketenteraan yang dilancarkan di wilayah berkenaan. – Agensi
Ismaweb
#beritahariini #bumimikraj
‘Sebarkan Kemenangan, Akhiri Penjajahan’
Join telegram channel untuk dapatkan lebih banyak info Bumi Mikraj, Palestin : klik t.me/bumimikraj