Dua Lagi Rakyat Palestin Terbunuh Di Rafah

BANGI, 24 Rejab — Angkatan Pertahanan Awam Gaza memaklumkan dua warga Palestin terbunuh dalam serangan udara di Rafah semalam.

Jurucakapnya, Mahmoud Basal berkata serangan itu menyasarkan sekumpulan rakyat Palestin di kawasan Tel Al-Sultan di barat Rafah, lapor Xinhua.

“Dua terbunuh manakala beberapa mangsa lain yang cedera dibawa ke hospital tempatan.

“Serangan menyasarkan zon selamat di bawah perjanjian gencatan senjata bagi membolehkan rakyat Gaza pulang ke rumah masing-masing,” katanya.

Tentera penjajah Israel (IOF) masih belum mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian yang dipercayai serangan terbaru mencabul perjanjian gencatan senjata.

IOF semalam menegaskan mereka akur kepada perjanjian gencatan senjata namun menggesa orang awam patuh kepada arahan keselamatan.

Katanya, IOF sedang memfokuskan suspek bersenjata di Gaza yang mungkin memberi ancaman kepada pasukannya.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan dua lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan IOF di Burqin, barat Jenin di Tebing Barat semalam.

Mangsa dikenal pasti sebagai Qutaiba Shalabi, 30, dan Mohammed Nazzal berusia 25 tahun dalam serangan yang menyasarkan kediaman mereka.

Saksi kejadian mendakwa IOF mengepung kawasan itu pada malam Rabu meminta suspek yang berada di dalamnya untuk menyerah diri.

IOF mendakwa mangsa serangan itu merupakan suspek yang terlibat dalam serangan di perkampungan Al-Funduq di Tebing Barat pada 6 Januari lalu.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Selasa mendakwa serangan dilakukan untuk menghapuskan aktiviti keganasan di Jenin yang didalangi Iran.- Tv Pertiwi

#beritahariini #bumimikraj

‘Sebarkan Kemenangan, Akhiri Penjajahan’

Join telegram channel untuk dapatkan lebih banyak info Bumi Mikraj, Palestin : klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Israel Lancar Serangan Bertubi-Tubi Di Tebing Barat

Next Post

Masih Ada Sinar Untuk Realisasi Impian Rakyat Palestin

Related Posts