Gaza Makin Tenat! Bekalan Perubatan Semakin Berkurangan

GENEVA, 22 Mac- Kekurangan bahan api yang teruk telah melumpuhkan respons kecemasan Bulan Sabit Merah Palestin di Gaza, dengan kurang daripada separuh ambulans mereka kini beroperasi, menurut Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) pada Jumaat.

Menurut Agensi Berita Emirates (WAM), penutupan sempadan telah ‘menjejaskan dengan ketara’ perkhidmatan, menyebabkan hanya 23 daripada 53 kenderaan dapat beroperasi susulan pemberhentian penghantaran bantuan kemanusiaan, termasuk bahan api, kata jurucakap IFRC Tommaso Della Longa dalam taklimat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva.

Ini adalah akibat langsung daripada kekurangan petrol, katanya sambil menekankan bahawa seluruh komuniti yang lemah meminta bantuan kecemasan tetapi tidak menerima sebarang respons.- BERNAMA-WAM

#bumimikraj

Join telegram channel untuk dapatkan lebih banyak info Bumi Mikraj, Palestin : klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Israel Ugut Rampas Gaza Jika Hamas Enggan Bebaskan Tebusan

Next Post

Israel Lancar Serangan Ke Atas Hospital Terbesar Di Selatan Gaza

Related Posts