
GAZA: Pejuang Hamas kini mengambil pendekatan merahsiakan identiti barisan kepimpinan baharu.
Ia berikutan ramai pemimpin utamanya terkorban dalam siri serangan rejim zionis termasuk pembunuhan ke atas Ismail Haniyeh dan Yahya Sinwar.
Penganalisis politik antarabangsa mengaitkan adik Yahya Sinwar, iaitu Mohammed Sinwar yang pernah mengetuai operasi pengurusan tahanan di Gaza sebagai pemimpin baharu Hamas.
Dalam pada itu, pengasas agensi berita Safa di Gaza, Yasser Abu Heen berkata kehilangan pemimpin utama Hamas hanya memberi kesan buat sementara waktu.
Ini kerana Hamas mempunyai cara tersendiri dalam mentadbir dan bukan mudah untuk Israel menghapuskan Hamas secara keseluruhannya. – REUTERS
Sumber: Buletin Tv3
#beritahariini
Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang. Klik t.me/bumimikraj