Greece & Cyprus Tolak Rayuan Israel Untuk Bantu Padam Kebakaran Hutan

BANGI, 4 ZULKAEDAH – Greece dan Cyprus dilaporkan enggan menghantar pesawat pemadam api untuk membantu negara haram Israel mengawal kebakaran hutan berhampiran Baitulmaqdis.

Menurut laporan media Israel, Maariv, kerajaan negara haram itu telah memohon bantuan daripada beberapa negara termasuk Greece dan Cyprus, namun kedua-dua negara berkenaan enggan berbuat demikian.

Media Israel turut melaporkan negara haram itu kini sedang berdepan dengan kebakaran hutan yang begitu besar dan sedang merebak ke kawasan berhampiran.

Kebakaran itu dilaporkan telah merebak ke kawasan lebuh raya utama dan keadaan angin menyebabkan situasi bertambah teruk.

“Pihak berkuasa Israel mengharapkan negara luar akan turut membantu. Tetapi Greece dan Cyprus tidak berupaya atau enggan menghantar bantuan.

“Croatia adalah negara pertama yang memberi maklum balas. Mereka menghantar pesawat Canadair CL-415,” katanya.

Israel pada masa ini tidak mempunyai pesawat mencukupi untuk memadam kebakaran hutan itu.

Negara haram itu hanya mempunyai satu pesawat besar iaitu ‘Shimson’ yang berupaya untuk menanangi kebakaran besar.

Meskipun Israel telah diberi amaran mengenai ancaman kebakaran besar, negara haram itu bagaimanapun tidak membuat persiapan sewajarnya, namun perbelanjaan mereka lebih tertumpu kepada aspek menguatkan ketenteraan dan misi menyerang Palestin.

Sumber: Tv Pertiwi

#beritahariini

Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang. Klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Dua Juta Penduduk Gaza Kebuluran, Situasi Satu Malapetaka – Ketua WHO

Next Post

Israel Kerah Tentera Simpanan Secara Besar-Besaran untuk Serang Gaza

Related Posts