
GAZA, 25 ZULKAEDAH – Tepung gandum dan bantuan lain mula sampai ke beberapa kawasan paling terjejas di Gaza pada Khamis, selepas Israel membenarkan beberapa lori masuk, namun jumlah yang tiba jauh daripada mencukupi bagi menampung kekurangan akibat sekatan selama 11 minggu, kata pegawai Palestin.
Masih terdapat banyak lori yang terkandas di sempadan, dan orang ramai masih menunggu untuk menerima makanan.
Israel memaklumkan, pihaknya membenarkan 100 lori yang membawa makanan bayi dan peralatan perubatan masuk ke kawasan sempit tersebut pada hari Rabu, dua hari selepas mengumumkan kelonggaran pertama terhadap sekatan berikutan tekanan antarabangsa yang semakin meningkat.
“Tepung gandum yang dihantar oleh Program Makanan Sedunia (PBB) telah tiba dan kami terus memulakan kerja,” kata seorang pembuat roti, Ahmed Al-Banna.
Kilang roti di seluruh bahagian selatan Gaza sudah memulakan operasi selepas ditutup selama dua bulan.
“InsyaAllah, kilang roti di utara Gaza akan mula beroperasi tidak lama lagi,” katanya.
Sumber: Tv Pertiwi
#beritahariini
Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang. Klik t.me/bumimikraj