Apa Yang Dimaksudkan Dengan Palestin Merdeka?

1.Isu bagaimana akhirnya wajah Palestin yang merdeka itu masih lagi samar pada sebahagian kita. Samar ini kerana beberapa sebab:

i.Kerana sudah menganggap Israel sebagai negara yang perlu diterIma dunia samada secara ‘de facto’ atau ‘de jure’.

ii.Kerana menganggap bahawa Israel dan sekutunya terlalu kuat untuk dikalahkan atau untuk dipaksa tunduk dengan kehendak rakyat Palestin

iii.Kerana buntu tidak tahu apa yang perlu dilakukan kepada pendatang haram Yahudi yang sudah menduduki Palestin sejak puluhan tahun.

2.Israel adalah negara haram. Ia didirikan dengan cara yang tidak bermoral, tidak mengikut apa-apa peraturan dunia pun. Ia adalah manifestasi pembulian negara besar dunia ke atas negara lain. Atas dasar apa sekali pun, tidak boleh sesiapa pun mengiktiraf kewujudannya. Ia satu kesilapan dunia yang wajib dibetulkan, bukan satu keadaan yang perlu dipaksakan ke atas dunia.

3.Kekuatan Israel sudah tinggal sejarah dan rupa-rupanya hanyalah mitos khayalan Israel selama ini. Kalau benar apa yang didedahkan oleh media bahawa tentera Israel yang terbunuh sepanjang Taufan Aqsa berjumlah 25 ribu tentera, iaitu separuh dari bilangan orang awam Palestin yang mereka bunuh, Israel patut berhenti dari mendakwa bahawa mereka kuat. Masyarakat dunia patut tahu betapa lemahnya Israel sekarang. Dengan kos peperangan yang tinggi, ditambah dengan ketakutan rakyat mereka untuk terus menetap di Israel, juga perselisihan dalaman sesama pimpinan politik dan tentera, aktiviti ekonomi yang sudah mati, satu demi satu rakan sekutu tarik diri, propaganda media yang gagal …. Israel cuma menunggu masa untuk menjadi bahan pameran di muzium.

4.Pendatang haram Yahudi perlu pulang ke kediaman asal mereka. Saya rasa tidak susah kerana mereka mempunyai dua kewarganegaraan. Keturunan asal mereka juga masih ada tanah di negara asal mereka.

Kalau itu tidak boleh dilakukan, bawa pulang semua warga Palestin yang kini berada di luar Palestin, bina satu negara baru yang rakyatnya adalah warga Arab dan warga Yahudi. Buat pilihanraya bebas dan adil dan lantik pemerintah baru. Semua termasuk orang Yahudi perlu beri kesetiaan kepada negara baru itu dan pimpinannya sebagaimana sebelum ini Yahudi pernah duduk aman menunduk di wilayah Andalus dan wilayah Othmaniah.

5.Masalah kita paling utama sebenarnya bukan kepada perkara-perkara di atas. Tapi masalahnya adalah memang ada pihak yang mahu Israel terus wujud. Kalau kuat maka mereka sokong. Kalau lemah maka mereka bantu untuk kuatkan semula. Dan malangnya, di kalangan pimpinan umat Islam pun ada manusia seumpama itu.

6.Kemerdekaan Palestin dan kembalinya warga Palestin ke kediaman mereka adalah matlamat akhir yang tidak boleh dikompromi. Penyelesaian sementara boleh diterima jika ia membawa kepada penyelesaian akhir itu.

Wallahul Musta’an

Sumber: Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)

#artikelpalestin

Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang. Klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Antara Harapan Dan Penghapusan Penuh

Next Post

Dari Operasi Pedang Besi Ke Operasi Kenderaan Perang Gideon

Related Posts