“Seluruh Badan Saya Sakit Lihat Perang Di Gaza” – Guardiola

MANCHESTER: Pengendali Manchester City,Pep Guardiola menerima Ijazah Doktor Kehormat daripada Universiti Manchester dan meluahkan perasaannya berkenaan perang di Gaza dalam ucapannya.

Perang tercetus sejak 7 Oktober lalu dan mengorbankan 54,000 nyawa warga Palestin – kebanyakannya orang awam – akibat serangan Israel.

“Ia sangat menyakitkan apa yang kita lihat di Gaza. Ia menyakitkan seluruh badan saya.

“Ia bukan berkenaan ideologi. Bukan tentang saya betul dan anda salah. Ia hanya tentang cinta terhadap kehidupan, mengambil berat tentang jiran anda.

“Kita melihat kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia empat tahun dibunuh oleh bom atau terbunuh di hospital yang bukan seperti hospital. Kita rasa ia tidak kena mengena dengan kita.

“Tetapi hati-hati. Kanak-kanak berusia empat atau lima tahun seterusnya mungkin anak kita. Maaf, saya hanya nampak anak-anak saya, Maria, Marius dan Valentina.

“Setiap pagi apabila saya melihat bayi terbunuh di Gaza, saya menjadi sangat takut,” kata Guardiola.

Guardiola diiktiraf di atas sumbangannya kepada kota Manchester, termasuk memenangi enam gelaran Liga Perdana Inggeris sepanjang sembilan tahun membimbing kelab itu, selain kerja amalnya menerusi Yayasan Guardiola Sala.

Pengendali berusia 54 tahun dari Sepanyol itu dianugerahkan ijazah doktor kehormat oleh Canselor Universiti, Nazir Afzal. – REUTERS

Sumber: Berita Harian

#beritahariini

Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang. Klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Lebih 1,000 Rakyat Tunisia Sertai Konvoi Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza

Next Post

Ribuan Kanak-Kanak Gaza Derita Akibat Kekurangan Zat Makanan – UNRWA

Related Posts