61 Orang Lagi Telah Maut Dalam Serangan Israel Di Gaza

GAZA: Sekurang-kurangnya 61 orang termasuk dua individu yang sedang menunggu bantuan makanan, terbunuh dalam serangan udara terbaru Israel di Semenanjung Gaza.

Menurut pihak perubatan tempatan, serangan paling dahsyat berlaku di Kem Pelarian Shati di utara Gaza, mengorbankan sekurang-kurangnya 23 orang dan mencederakan puluhan yang lain.

Di Rafah, selatan Gaza, dua wanita terbunuh manakala 30 lagi cedera berhampiran Pusat Agihan Bantuan Yayasan Kemanusiaan Gaza (GHF), sebuah badan yang disokong Israel dan Amerika Syarikat.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lebih 875 orang terbunuh ketika cuba mendapatkan bantuan diagihkan GHF sejak akhir Mei lalu.

Israel turut mengeluarkan arahan pemindahan paksa kepada penduduk di 16 kawasan di utara Gaza, termasuk Jabalia yang musnah teruk akibat serangan terdahulu.

Sumber: Buletin Tv3

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kebuluran Di Gaza Menjadi Semakin Kritikal Menjelang Akhir September Ini

Next Post

20 Orang Lagi Terbunuh Akibat Tembakan Israel Di Pusat Bantuan Selatan Gaza

Related Posts