Tentera Israel Isytihar Gaza Sebagai Zon Tempur Berbahaya

BAITULMAQDIS: Tentera Israel mengisytiharkan bandar Gaza sebagai zon tempur berbahaya menjelang peningkatan serangan untuk menakluki bandar terbesar wilayah Palestin itu selepas hampir dua tahun peperangan tercetus.

Israel berada di bawah tekanan yang memuncak dari dalam dan luar negara untuk menamatkan serangannya di Gaza, di mana sebahagian besar penduduk telah kehilangan tempat tinggal dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan kebuluran.

Tentera Israel, bagaimanapun, sedang bersiap sedia untuk meluaskan pertempuran dan merampas bandar Gaza.

Jurucakap berbahasa Arab Israel. Avichay Adraee berkata: “Kami tidak menunggu lagi.

“Kami telah memulakan operasi awal dan peringkat awal serangan ke atas Gaza, dan kami kini beroperasi di pinggir bandar,” katanya di X.

Dalam satu kenyataan, ketua tentera Israel Leftenan Jeneral Eyal Zamir berkata pasukannya meningkatkan serangan di kawasan Bandar Gaza, dan akan memperhebatkan usaha mereka dalam beberapa minggu akan datang.

PBB menganggarkan hampir sejuta orang kini tinggal di Gaza, termasuk bandar Gaza dan sekitarnya.

PBB mengisytiharkan kebuluran di Gaza minggu lalu dengan menyalahkan halangan sistematik oleh Israel terhadap penghantaran bantuan kemanusiaan.

Kenyataan tentera pada Jumaat mengatakan bahawa bandar Gaza kini adalah zon tempur berbahaya, dan aktiviti ketenteraan yang membenarkan penghantaran makanan terhad tidak lagi digunakan di sana.

Tentera tidak menghalau penduduk untuk segera kosongkan kawasan itu tetapi Adraee berkata awal minggu ini bahawa arahan dari pemindahan bandar itu yang tidak dapat dielakkan.

Di selatan bandar Gaza pada Jumaat, rakaman AFP menunjukkan rakyat Palestin menyelongkar serpihan bangunan berikutan serangan Israel.

Jurucakap Adraee berkata tentera akan memperhebatkan serangan sehingga semua tebusan yang ditahan di Gaza dikembalikan dan Hamas dibongkar secara ketenteraan dan politik.

Tentera berkata ia telah menemui mayat dua tebusan semasa operasi di Gaza.

Ia mengenal pasti seorang sebagai Ilan Weiss, yang terbunuh dalam serangan Hamas yang mencetuskan perang dan mayatnya dibawa ke Gaza.

Nama tebusan kedua masih belum didedahkan.

Hamas memberi amaran kepada Israel bahawa serangan yang dirancangnya di bandar Gaza akan mendedahkan tebusan di kawasan itu kepada risiko yang sama seperti pejuangnya.

“Kami akan menjaga tahanan sebaik mungkin, dan mereka akan bersama pejuang kami dalam pertempuran dan zon konfrontasi, tertakluk kepada risiko yang sama dan keadaan hidup yang sama”, kata jurucakap sayap bersenjata Hamas, Abu Obeida.

Daripada 251 tebusan yang dirampas semasa serangan Oktober 2023, 47 masih ditahan di Gaza, 20 daripadanya dipercayai masih hidup.

Agensi pertahanan awam Gaza melaporkan sekurang-kurangnya 55 orang awam dibunuh oleh tentera Israel di seluruh wilayah Palestin pada Jumaat. – AFP

Sumber: Berita Harian

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Sepanyol Gesa EU Tangani Krisis Gaza

Next Post

PBB: Sejuta Penduduk Gaza Bakal Diusir, Serangan Israel Berlanjutan

Related Posts