Serangan Terbaru Israel Di Selatan Lubnan Ragut 4 Nyawa

BEIRUT: Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dalam serangan udara Israel di selatan Lubnan, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Awam.

Serangan yang menyasarkan sebuah kereta di bandar Kfarsir, daerah Nabatieh, turut mencederakan tiga yang lain. Menurut Agensi Berita Kebangsaan Lubnan (NNA), serangan berkenaan berlaku sekitar jam 2.15 petang (waktu tempatan) dan melibatkan peluru berpandu berpandu, lapor Al Jazeera.

Kementerian Kesihatan Awam Lubnan dalam kenyataannya mengesahkan semua mangsa dihantar ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut.

Serangan terbaharu itu meningkatkan lagi tekanan terhadap gencatan senjata hampir setahun yang dipersetujui antara Israel dan kumpulan Hezbollah pada November 2024.

Sehari sebelum serangan, Presiden Lubnan, Joseph Aoun, menuduh Israel meningkatkan serangan rentas sempadan selepas beliau menawarkan rundingan bagi mencapai penyelesaian damai yang lebih kekal.

Konflik di sempadan Lubnan–Israel bermula pada 2023 apabila kumpulan Hizbullah melancarkan serangan terhadap Israel sebagai tanda solidariti dengan rakyat Palestin di Gaza susulan serangan diketuai Hamas pada 7 Oktober 2023. AGENSI

Sumber: Buletin Tv3

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Israel Ugut Akan Tingkatkan Serangan Terhadap Hizbullah Di Selatan Lubnan

Next Post

Menyingkap Rahsia Ketelitian & Keteguhan Gerakan Muqawamah Palestin

Related Posts