
GAZA CITY / BAITULMAQDIS, 18 Feb: Walaupun menghadapi kemusnahan akibat serangan tentera rejim Israel, umat Islam di Gaza dan Tebing Barat tetap menunaikan solat Tarawih Ramadan di masjid bersejarah.
Masjid Omari di Gaza City
Di Gaza, Masjid Agung Omari menjadi tumpuan utama penduduk. Masjid yang musnah teruk sebelum ini kini hanya dapat digunakan sebahagiannya selepas penduduk setempat bergotong-royong membaiki struktur untuk memastikan ibadah Ramadan dapat diteruskan.
Seorang penduduk, Muawiya Kashko, berkata “Ramadan tahun ini berbeza daripada yang lalu, yang sangat sukar. Kami tidak berani keluar rumah untuk solat. Alhamdulillah, tahun ini kami berjaya menunaikan solat Tarawih pertama di Masjid Omari, yang dianggap sebagai sebahagian warisan kami di Gaza dan sangat disayangi penduduk setempat.”
Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis
Di Tebing Barat pula, fokus tetap tertumpu pada Masjid Al-Aqsa, terletak di Baitulmaqdis.
Setiap Ramadan, ratusan ribu jemaah hadir, walaupun berdepan sekatan ketat tentera Israel. Masjid ini bukan sekadar tapak ibadah, tetapi juga simbol identiti, ketabahan dan hak rakyat Palestin.
Sumber: Buletin Tv3