Penduduk Israel Gempar Ekoran Insiden Letupan Besar, Ledakan Bebola Api

BAITULMAQDIS, 18 Mei – Satu letupan besar disusuli ledakan bebola api yang menerangi ruang udara berhampiran bandar Beit Shemesh di Israel lewat malam Sabtu mencetuskan panik dalam kalangan penduduk yang masih trauma dengan konflik terbaru melibatkan Iran dan Israel.

Menurut laporan The Times of Israel, syarikat pertahanan milik kerajaan Israel, Tomer kemudian menjelaskan letupan tersebut merupakan ujian terkawal yang telah dirancang lebih awal dan dijalankan mengikut prosedur keselamatan ditetapkan pihak berkuasa.

Bagaimanapun penduduk mendakwa mereka tidak menerima sebarang amaran awal sehingga mencetuskan kebimbangan berlaku serangan baharu atau kemalangan besar.

Bandar Beit Shemesh yang terletak berhampiran Jerusalem sebelum ini beberapa kali menjadi sasaran peluru berpandu Iran ketika perang terbaru antara kedua-dua negara, menyebabkan penduduk berada dalam keadaan berjaga-jaga susulan kebimbangan konflik kembali tercetus.

Tomer yang membangunkan enjin roket dan peluru berpandu termasuk sistem pertahanan udara Arrow memaklumkan ujian tersebut melibatkan bahan pendorong roket.

Media tempatan melaporkan ujian itu dipercayai berkaitan pembangunan roket jarak jauh mencecah ribuan kilometer.

Susulan panik yang tercetus, pihak syarikat bersama Kementerian Pertahanan Israel dilaporkan bersetuju untuk mengeluarkan amaran awam lebih awal bagi ujian seumpama itu pada masa depan.

Menurut sumber syarikat, ujian dijalankan pada waktu malam atas faktor operasi dan kekangan pengeluaran selain lokasi letupan berada kira-kira lima kilometer dari kawasan penempatan penduduk.

Keadaan cuaca pula didakwa menyebabkan letupan tersebut kelihatan lebih besar dan menyerupai suasana ‘kiamat’.

Di media sosial, beberapa pengguna mendakwa kilang berkenaan diserang atau berlaku insiden besar yang cuba disembunyikan pihak berkuasa selepas tiada kenderaan kecemasan dilihat menuju ke lokasi kejadian.

Bagaimanapun, sumber syarikat menjelaskan tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan dalam insiden tersebut.

Kementerian Pertahanan Israel sebelum ini mengumumkan peningkatan pengeluaran peluru berpandu pemintas Arrow yang memainkan peranan penting dalam menangkis serangan peluru berpandu balistik Iran ketika konflik terbaru.

Konflik antara Israel dan Iran tercetus pada 28 Februari lalu selepas Israel dan Amerika Syarikat melancarkan operasi ketenteraan terhadap Iran.
Iran kemudian bertindak balas dengan melancarkan serangan peluru berpandu dan dron ke beberapa lokasi termasuk Israel, manakala kumpulan proksinya di Iraq dan Lubnan turut terlibat dalam serangan balas.
Menurut laporan The Times of Israel, pada 1 Mac lalu, sembilan penduduk terbunuh dan lebih 40 cedera selepas peluru berpandu balistik Iran mengenai Beit Shemesh secara langsung.
Walaupun gencatan senjata sementara dicapai pada awal April, ketegangan di rantau itu masih belum reda susulan sekatan Iran di Selat Hormuz dan tindakan Amerika Syarikat menyekat pelabuhan Iran. – Agensi

Sumber: Sinar harian

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Hamas Sahkan Panglima Al-Qassam, Izzuddin Al-Haddad Syahid Bersama Keluarga

Next Post

Flotila dan Makna Pembebasan Palestin

Related Posts