Kerajaan Gaza Bubar Badan Pentadbiran, Buka Laluan Kepada NCAG

ISTANBUL, 07 Julai: Kerajaan Gaza mengumumkan pada Isnin pembubaran Jawatankuasa Kecemasannya serta peletakan jawatan pemangku pengerusinya, sebagai sebahagian daripada persiapan untuk memindahkan pentadbiran wilayah itu kepada Jawatankuasa Kebangsaan bagi Pentadbiran Gaza (NCAG), lapor Anadolu Ajansi (AA).

Pejabat Media Kerajaan Gaza dalam satu kenyataan memberitahu bahawa pihaknya telah menyelesaikan pengaturan pentadbiran dan perundangan yang diperlukan bagi proses penyerahan sistem pemerintahan di Gaza.

Menurut kenyataan itu, persiapan berkenaan telah dibentangkan kepada pasukan kebangsaan yang mewakili puak-puak di Palestin dan kuasa politik, Jawatankuasa Tertinggi Kabilah dan Suku Kaum, serta organisasi masyarakat sivil, dengan disaksikan oleh seorang pemerhati Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kenyataan itu turut menyatakan bahawa Pemangku Ketua Jawatankuasa Susulan Kerajaan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecemasan, Mohammed Abdul Khaleq al-Farra, telah menyerahkan surat peletakan jawatannya, manakala Jawatankuasa Kecemasan dibubarkan secara rasmi bagi memudahkan peralihan pentadbiran itu.

NCAG menyifatkan pihaknya sebagai sebuah badan bukan politik yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal awam harian di wilayah berkenaan. Dianggotai oleh tokoh-tokoh nasional Palestin, jawatankuasa itu telah beroperasi dari Kaherah sejak pertengahan Januari lepas namun masih belum memulakan tugasnya dari dalam Semenanjung Gaza. — BERNAMA-ANADOLU

Sumber: Astro Awani

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

NGO Dakwa Nyawa Pengarah Hospital Gaza Yang Ditahan Israel Dalam Bahaya

Next Post

Doktor Gaza Terus Menjadi Mangsa Penindasan Dalam Penjara Israel

Related Posts