Sungguhpun pemberontakan itu membuka jalan kepada kemerdekaan bagi negara-negara Arab moden di Timur Tengah, tetapi keadaan di sekeliling pemberontakan itu dan kesannya membawa kepada banyak kekacauan dan peperangan di Timur Tengah yang berlaku dalam dekad-dekad berikutnya bahkan tidak berkesudahan sehingga kini.
Uthmaniyah terus melancarkan serangan ke Eropah sehingga akhir abad ke-17, dan terus mengancam kewujudan kuasa-kuasa besar seperti Austria. Namun begitu, negara-negara Eropah yang sedang bangkit akhirnya berjaya mengatasi Uthmaniyyah akibat daripada kelewatannya menerima kemajuan perindustrian, sosial dan ekonomi pada abad ke-18 dan ke-19.
Menjelang abad ke-20, kuasa ini telah diusir keluar dari Eropah, kecuali sebuah kawasan kecil di sekitar Istanbul (nama mereka bagi Constantinople), tetapi mereka masih memerintah sebahagian besar Timur Tengah dan penduduk Arab. Walaupun Turki dan Arab kedua-duanya merupakan bangsa Islam, konflik dan perselisihan di antara kedua-dua pihak tidak dapat dielakkan daripada berlaku sehingga tertanam di dalam minda bangsa Arab bahawa pemerintahan kekhalifahan Uthmaniyyah ini keras dan menindas mereka.
Dalam Surat-menyurat Hussein-McMahon, McMahon menjanjikan bagi pihak Great Britain untuk menyokong kemerdekaan Arab jika orang Arab memberontak terhadap Turki (Uthmaniyah) dan janji ini merupakan faktor besar dalam keputusan Hussein untuk memulakan Pemberontakan Arab Besar.
๐๐ฎ๐ป๐ท๐ถ ๐ฑ๐ถ ๐ฎ๐๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐ป๐ท๐ถ
๐ฆ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐บ๐ฝ๐ฎ๐ป๐ด ๐๐๐ป๐ถ๐ฎ ๐ ๐ฎ๐๐ฎ
Akhirnya, layanan kasar oleh bekas sekutu mereka ini menimbulkan banyak kepahitan dalam kalangan orang Arab, begitu juga prospek kontroversi sebuah negara Yahudi di tengah-tengah mereka. Ia mengambil masa beberapa dekad, tetapi menjelang 1950-an negara-negara Arab Iraq, Syria, Jordan, Lubnan, dan gabungan emirat serta negeri di sepanjang Semenanjung Arab akhirnya mencapai kemerdekaan.
Namun, legasi penguasaan asing dan pengkhianatan meninggalkan banyak rasa tidak puas hati dalam kalangan orang Arab umumnya. Bahkan akibat kemasukan pemerintahan kolonial Eropah, menjadi pemudahcara kepada penubuhan sebuah negara haram Yahudi di Palestin yang membawa kepada konflik yang berterusan hingga hari ini.
๐ฆ๐๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ:
https://www.ebsco.com/research-starters/history/great-arab-revolt-begins/
๐๐๐ป๐ฐ๐ถ ๐๐ฒ๐๐ฎ๐๐๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ผ๐น๐ถ๐๐ถ๐ธ ๐ฑ๐ถ ๐ง๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ง๐๐ฟ๐ธ๐ถ
Kerajaan / kekhalifahan Uthmaniyah Turki suatu ketika dahulu pernah menjadi kegentaran Eropah. Tentera mereka menyerbu keluar dari Asia Tengah dan berjaya membuka Constantinople, pusat Empayar Byzantine, pada tahun 1453. Mereka juga turut menguasai sebahagian besar wilayah di Eropah tenggara, selatan Ukraine, Timur Tengah dan Afrika Utara juga.

๐จ๐๐ต๐บ๐ฎ๐ป๐ถ๐๐ฎ๐ต ๐ฑ๐ถ ๐๐๐ท๐๐ป๐ด ๐จ๐๐ถ๐ฎ
Semasa Perang Dunia I, Uthmaniyah memilih untuk bersekutu dengan Jerman dan Austria-Hungary bagi menentang Pihak Bersekutu yang akhirnya berjumlah 20 negara termasuk Great Britain, Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat. Sebahagian besar Semenanjung Arab yang sebahagian besarnya terdiri daripada kawasan padang pasir dan didiami oleh suku nomad adalah ditadbir separa bebas (autonomi) yang bernaung di bawah pemerintahan Uthmaniyah.
Pemerintah Arab tempatan, seperti emir Mekah, dalam senyap-senyap mengambil keputusan untuk bersekutu dengan British dan Perancis. Kemudian, bertindak melancarkan Pemberontakan (berkhianat) kepada Uthmaniyah. Sharif Hussein bin Ali kemudiannya turut disertai oleh pemerintah Arab yang lain, terutamanya Putera Faisal dari al-Hijaz turut dibantu oleh penasihat dan pemimpin tentera British yang dikenali sebagai Lawrence of Arabia (Kol. T. E. Lawrence). Meminta bantuan musuh untuk mengalahkan musuh yang lain. Begitulah gambarannya.

Pasukan tentera Arab, bersatu di bawah kepimpinan Faisal dan Lawrence dengan bantuan British yang besar dalam bentuk senjata dan bekalan tentera yang lain. Tujuan mereka hanya satu iaitu menewaskan tentera Uthmaniyah. Pada 1918, pasukan ini mara dan menawan kota Damsyik di Syria yang merupakan kubu kuat Uthmaniyah dan pusat budaya serta agama Islam yang penting.
๐ ๐ฒ๐ป๐ฎ๐ด๐ถ๐ต ‘๐ง๐ฒ๐ฏ๐’ ๐ฑ๐ถ ‘๐๐ถ๐ฏ๐ถ๐ฟ’
Matlamat pemberontakan Arab ini adalah untuk mendapatkan kemerdekaan daripada semua pemerintahan asing di seluruh kawasan Timur Tengah yang didiami Arab, sama ada pemerintahan Uthmaniyah atau Eropah (dalam bentuk penggabungan ke dalam empayar kolonial British dan Perancis). Namun, dalam masa yang sama, pencetus utama gerakan mereka ini adalah kemerdekaan yang dijanjikan melalui satu siri surat pada 1915 antara Sir Henry McMahon, Pesuruhjaya Tinggi British di Mesir dan Sharif Hussein.
Matlamat pemberontakan Arab ini adalah untuk mendapatkan kemerdekaan daripada semua pemerintahan asing di seluruh kawasan Timur Tengah yang didiami Arab, sama ada pemerintahan Uthmaniyah atau Eropah (dalam bentuk penggabungan ke dalam empayar kolonial British dan Perancis). Namun, dalam masa yang sama, pencetus utama gerakan mereka ini adalah kemerdekaan yang dijanjikan melalui satu siri surat pada 1915 antara Sir Henry McMahon, Pesuruhjaya Tinggi British di Mesir dan Sharif Hussein.
Dalam Surat-menyurat Hussein-McMahon, McMahon menjanjikan bagi pihak Great Britain untuk menyokong kemerdekaan Arab jika orang Arab memberontak terhadap Turki (Uthmaniyah) dan janji ini merupakan faktor besar dalam keputusan Hussein untuk memulakan Pemberontakan Arab Besar.
๐๐ฎ๐ป๐ท๐ถ ๐ฑ๐ถ ๐ฎ๐๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐ป๐ท๐ถ
Namun, apa yang lebih penting kepada Great Britain dan Perancis ialah Perjanjian Sykes-Picot, yang dirundingkan oleh diplomat Sir Mark Sykes bagi pihak Great Britain dan Georges Picot bagi pihak Perancis dan berkuat kuasa pada 9 Mei 1916. Perjanjian Sykes-Picot merupakan suatu rancangan untuk membahagikan kekhalifahan Uthmaniyah selepas Perang Dunia tamat kelak.
Menerusi perjanjian rahsia ini (tanpa diketahui oleh kumpulan pemberontak) yang memberi Perancis kepentingan kolonial di Syria Besar dan utara Iraq, manakala British akan mendapat pelbagai ‘harta’ dari Mediterranean hingga Teluk Parsi untuk menghubungkan Mesir dengan India yang diperintah British. Manakala sebahagian besar wilayah Palestin, diletakkan di bawah pengawasan antarabangsa dengan niat akhirnya mencipta tanah air Yahudi. Perjanjian itu juga memperuntukkan wilayah Uthmaniyah di bahagian utara diserahkan kepada Rusia. Namun, ia ditamatkan apabila meletusnya Revolusi Rusia tahun 1917.

Selepas Perang Dunia I, Liga Bangsa-Bangsa yang baru ditubuhkan sebahagian besarnya mengiktiraf Perjanjian Sykes-Picot. Lebih menyedihkan, janji yang telah ditaburkan suatu ketika dahulu oleh Sir Henry McMahon hanya tinggal janji. Kekhalifahan Uthmaniyah dibubarkan, dan kemudian menjadi negara moden Turki yang sekular.
Liga Bangsa-bangsa (kini PBB) memberikan Great Britain “mandat” kolonial ke atas Transjordan, Palestin dan Iraq. Perancis pula menerima mandat ke atas Syria dan Lubnan. Malah, dibenarkan pula menyingkirkan Putera Faisal dari Damsyik yang telah ditabal secara sah sebagai raja baharu Syria.