Kompleks Perubatan Nasser Diserang Kali Ketujuh, Perkhidmatan Kritikal Terjejas

KHAN YUNIS, 12 Nov – Pengarah Besar Kompleks Perubatan Nasser, Ahmed al-Farra, memberi amaran tentang implikasi serius serangan tentera pendudukan Israel ke atas bangunan pembedahan “al-Yassin” di dalam kompleks itu di bandar Khan Yunis, selatan Semenanjung Gaza, yang menyaksikan kemudahan kesihatan tersebut diserang buat kali ketujuh.

Menurut al-Farra dalam sidang media pada Khamis, serangan itu mengakibatkan syahidnya Dr Rizq Ahmed Abu Shu’ayra bersama lima pesakit dan penjaga mereka, manakala 36 orang lagi cedera termasuk anggota pasukan perubatan. Bangunan pembedahan dan bahagian perubatan turut mengalami kerosakan, memaksa pihak pengurusan menghentikan operasi di klinik luar, bahagian pembedahan, radiologi, makmal dan bilik bedah sehingga diberitahu kelak.

Beliau menegaskan pemberhentian bahagian kritikal itu meletakkan ribuan pesakit berdepan kesukaran tambahan untuk mendapatkan rawatan, terutamanya ketika institusi kesihatan di Gaza berdepan tekanan besar serta kekurangan teruk kemudahan, sumber dan bekalan perubatan. Al-Farra turut menyeru institusi antarabangsa dan organisasi kesihatan termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) agar bertindak segera melindungi hospital, pasukan perubatan dan pesakit, di samping menekan agar serangan terhadap kemudahan kesihatan dihentikan.

Sumber:
https://palinfo.com/news/2026/11/12/1123555/

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Rejim Zionis Mengelirukan Dunia dan Terus Menekan Penduduk Gaza dengan Sekatan Bantuan Kecemasan

Next Post

UNICEF: Musim Sejuk Keempat Ancaman Kematian dan Penyakit kepada Kanak-Kanak Gaza

Related Posts