Israel Rempuh, Tembak Meriam Air Terhadap Kapal-Kapal Misi Flotilla

TENTERA Israel dilaporkan menggunakan tindakan agresif ketika menahan kapal-kapal Global Sumud Flotilla (GSF) yang sedang menuju ke Gaza bagi misi kemanusiaan.

GSF dalam kenyataan memaklumkan, kapal Florida dilaporkan sengaja dirempuh di laut, manakala kapal Yulara, Meteque dan beberapa yang lain menjadi sasaran tembakan meriam air.

Penganjur flotila menyifatkan tindakan itu sebagai serangan haram ke atas kapal kemanusiaan tidak bersenjata serta menegaskan ia merupakan satu jenayah perang.

Bagaimanapun, semua penumpang di atas kapal dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan setakat ini.

Dalam pada itu, beberapa delegasi Malaysia yang menyertai konvoi berkenaan dilaporkan telah ditahan okeh tentera Israel.

Empat daripada mereka termasuk Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khairudin, Rusydi Ramli yang menaiki kapal Sirius sudah mula menghantar mesej SOS di media sosial menandakan mereka sudah ditahan tentera rejim

Manakala tiga warga Malaysia berada di dalam kapal Alma termasuk aktivis terkenal, Greta Thunberg yang juga sudah ditahan tentera rejim.

Setakat 4.40 pagi waktu Malaysia, Sumud Nusantara mengesahkan, tiga kapal berada pada tahap diserang, dan lapan kapal lain berada dalam status kecemasan.

Sumber: Buletin TV3

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

TERKINI: Kapal Alma Dipintas Israel

Next Post

Rejim Israel Arah Kapal-Kapal Misi Flotilla Tukar Laluan

Related Posts