Lima Tentera Israel Alami Kecederaan Diserang Kucing Liar, Lynx

TEL AVIV – Lima tentera Israel cedera diserang kucing liar, lynx, di sebuah pengkalan tentera di Gurun Naqab, Israel.

Insiden berlaku apabila seekor lynx betina marah terhadap seorang anggota tentera Israel yang bertugas di pos peninjau yang terletak satu kilometer dari sempadan Mesir-Israel di kawasan Jabal Harif, Gurun Naqab lapor Al-Jazeera.

Haiwan itu menyerang anggota tentera wanita Israel dengan menggigit kakinya.

Menurut laporan media Israel, anggota tentera itu tidak sedar kehadiran penyerangnya itu yang mana lynx diketahui mengelak daripada bertembung dengan manusia.

Bagaimanapun, serangan tidak berhenti di situ.

Beberapa jam selepas serangan pertama, haiwan tersebut kembali ke pengkalan tentera sama dan menyerang anggota tentera lain sebelum menghilangkan diri.

Pada malam berikutnya, ia menyerang tiga anggota tentera semasa sesi latihan, menurut media Israel.

Lima anggota tentera yang cedera itu dilaporkan dipindahkan ke Hospital Soroka di Beersheba di mana mereka menjalani beberapa ujian bagi memastikan tidak dijangkiti rabies, penyakit yang memberi kesan kepada sistem saraf dan boleh membawa maut jika tidak dirawat. – Malaysia Gazette

#beritahariini

Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang. Klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Siri 4 : Kisah Yahya Sinwar Dari Kaca Mata Rakan Karibnya

Next Post

17 Nyawa Lagi Terkorban Dalam Serangan Israel Pagi Ini Di Gaza

Related Posts