Rejim Israel Arah Kapal-Kapal Misi Flotilla Tukar Laluan

TENTERA laut Israel mengeluarkan arahan kepada kapal-kapal Global Sumud Flotilla (GSF) yang sedang menuju ke Gaza agar menukar laluan.

Dalam mesej radio yang dipintas, tentera Israel memberi amaran:

“Anda sedang memasuki zon perang aktif. Jika anda cuba melanggar sekatan laut, kami akan menghentikan kapal anda. Kami akan merampasnya melalui prosiding undang-undang di mahkamah. Segala risiko adalah tanggungjawab anda sepenuhnya.”

Namun, amaran itu dibalas tegas oleh salah seorang peserta flotila yang menuduh Israel melakukan jenayah perang.

“Anda mengatakan bahawa kami sedang memasuki kawasan di mana anda sedang melakukan jenayah perang.

“Ini melanggar undang-undang antarabangsa. Mahkamah Keadilan Antarabangsa sudah membuat keputusan sementara bahawa anda melakukan jenayah perang. ICJ telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri anda, Benjamin Netanyahu, kerana jenayah kebuluran kanak-kanak dan rakyat dengan menggunakan kelaparan sebagai senjata perang.

“Oleh itu, menjadi tanggungjawab moral kami untuk terus belayar dan menolak sebarang cubaan kuasa pendudukan mengawal bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin yang berhak kepada kedaulatan serta penentuan nasib sendiri,” tegasnya dalam satu hantaran tular di media sosial.

Awal pagi tadi, tiga kapal GSF dilaporkan dipintas dan dinaiki tentera laut Israel di perairan antarabangsa.

Dalam kejadian sekitar jam 8.30 malam waktu Gaza, tiga kapal dikenali sebagai Alma, Surius dan Adara menjadi sasaran pemintasan.

Selain tiga kapal berkenaan, hubungan komunikasi dengan beberapa kapal lain juga terputus.

Sumber: Buletin Tv3

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Israel Rempuh, Tembak Meriam Air Terhadap Kapal-Kapal Misi Flotilla

Next Post

Hamas Kecam Tindakan Rejim Israel Memintas Kapal-kapal Sumud Flotilla

Related Posts