
GAZA: Usaha ke arah mencapai persetujuan gencatan senjata Gaza diteruskan menerusi rundingan tidak langsung antara Hamas dan Israel di Doha, Qatar.
Pegawai kanan Hamas, Mahmoud Mardawi memaklumkan rundingan terbaharu itu turut melibatkan perantara Qatar dan Amerika Syarikat.
Perbincangan juga dikaitkan dengan perjanjian pertukaran tawanan tanpa sebarang prasyarat.
Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz kononnya menyifatkan kembalinya Hamas ke meja rundingan sebagai satu perubahan ketara dengan mendakwa Hamas seringkali menolak tawaran Israel dalam beberapa rundingan yang diadakan sebelum ini.
Ketua pengganas, Benjamin Netanyahu mengarahkan pasukan perunding Israel untuk kekal sementara di Qatar bagi rundingan ke arah pemeteraian perjanjian damai. – REUTERS
Sumber: Buletin Tv3
#beritahariini
Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang. Klik t.me/bumimikraj