Trump Desak Hamas Terima Pelan Damai Gaza

WASHINGTON, 30 September- Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberi tempoh masa tiga atau empat hari kepada Hamas untuk memberi maklum balas terhadap pelan damai Gaza yang dikemukakannya.

Trump turut memberi amaran, Hamas berdepan akibat serius sekiranya gagal menerima pelan tersebut.

Bagaimanapun, Hamas setakat ini masih belum mengeluarkan sebarang respons, dengan tuntutan pelan damai itu mendesak kumpulan Hamas berundur dari Gaza serta meletakkan senjata.

“Kita hanya perlukan satu tandatangan dan tandatangan itu akan membayar di neraka jika mereka enggan.

Saya harap mereka menandatangani demi kebaikan mereka sendiri dan untuk membina sesuatu yang benar-benar besar,” katanya ketika berucap di hadapan jeneral dan laksamana AS di Quantico, Virginia.

Pelan berkenaan merangkumi gencatan senjata, pembebasan tebusan oleh Hamas dalam masa 72 jam, pelucutan senjata kumpulan itu, serta pengunduran beransur-ansur tentera Israel dari Gaza.

Ia juga mencadangkan penubuhan pihak berkuasa transisi pascaperang yang akan diketuai sendiri oleh Trump.

Selain itu, pelan itu menegaskan pejuang Hamas tidak akan dibenarkan memegang sebarang peranan dalam kerajaan masa depan, namun mereka yang bersetuju dengan prinsip “hidup bersama secara aman” akan diberikan pengampunan.

Cadangan tersebut telah dialu-alukan kuasa dunia termasuk negara Arab dan Islam. -AFP

Sumber: Berita RTM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Trump Umum Netanyahu Sokong Pelan Damai Gaza Cadangan AS

Next Post

Hamas Mulakan Rundingan Dalaman Teliti Pelan Damai Gaza Oleh Trump – Sumber

Related Posts