12 Kontena Misi Bantuan MAPIM Berjaya Masuk Ke Gaza

KUALA LUMPUR – Sebanyak 12 kontena yang dihulurkan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dalam misi bantuan ke Gaza berjaya merentasi sempadan Rafah.

Ketua Misi Bantuan Kecemasan 100 Kontena Malaysia ke Gaza, Datuk Sani Araby berkata, pihaknya akan berusaha untuk mencukupkan sasaran sebanyak 100 kontena pada fasa kedua dan ketiga susulan daripada kejayaan fasa pertama itu.

“Saya telah menerima satu video yang sedang tular sekitar jam 3 pagi semalam menunjukkan seorang saudara kita di sana teruja membawa pulang kotak bantuan Malaysia.

“Lelaki yang tinggal di khemah pelarian itu berlari dalam keadaan teruja dan menceritakan kos untuk memberi barangan keperluan seperti yang diberikan dalam kotak itu boleh mencecah hampir AS$300 kerana situasi perang di sana,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurut Sani, sebanyak lapan kontena gandum dan empat kontena berisi barangan asas harian telah disediakan.

“Kesemua barangan ini telah dibeli dan dibungkus oleh sukarelawan MAPIM dan rakan NGO di Mesir sebelum dihantar menggunakan jalan darat.

“Perjalanan untuk memasuki Gaza telah memasuki pelbagai ujian setelah pintu Rafah ditutup dan dijajah rejim. Alhamdulillah, segalanya tidak sia-sia apabila sampai ke tangan mereka yang memerlukan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

#beritahariini #bumimikraj

‘Sebarkan Kemenangan, Akhiri Penjajahan’

Join telegram channel untuk dapatkan lebih banyak info Bumi Mikraj, Palestin : klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

5 Wartawan Palestin Terkorban Dalam Serangan Udara Israel

Next Post

Melayu Sudah Membela Palestin Sejak Dahulu Lagi

Related Posts