20 Lagi Maut Ditembak Rejim Israel Ketika Rakyat Palestin Menunggu Makanan

GAZA: 20 lagi nyawa rakyat Palestin melayang ketika menunggu giliran untuk mengambil makanan berhampiran pusat bantuan disokong Amerika Syarikat, di selatan Palestin.

Jurucakap Pertahanan Awam Gaza, Mahmud Bassal, berkata, rejim Israel melepaskan tembakan berhampiran bulatan Al-Alam di bandar selatan Rafah, di lokasi orang ramai menunggu agihan bantuan tiba.

Susulan tindakan kejam itu juga lebih 200 lagi cedera dikejarkan ke hospital berdekatan.

Menurut Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC), terdapat mangsa yang cedera dirawat di hospital lapangannya di Al-Mawasi berhampiran Rafah, namun tidak mendedahkan keadaan mereka.

Dalam satu kenyataan menerusi platform X, ICRC berkata, mereka menerima ‘bilangan mangsa tertinggi di Hospital Medan Palang Merah dalam satu serangan besar-besaran’.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Pediatrik di Hospital Nasser, di bandar berdekatan Khan Younis, memaklumkan orang ramai kebuluran kerana tidak mendapat bantuan makanan sejak hampir empat bulan lalu.

Pada awal Mac, Israel mengenakan sekatan bantuan sepenuhnya di Gaza di tengah kebuntuan rundingan gencatan senjata dengan hanya sebahagian kelonggaran diberikan pada akhir Mei.

Rentetan itu, semua sempadan ditutup dan hanya melalui Yayasan Kemanusiaan Gaza (GHF) ini cara untuk memperoleh bantuan.

Rejim Israel seperti lazimnya belum membuat sebarang kenyataan awal mengenai tindakannya itu, dan hanya menyatakan sedang meneliti laporan kejadian berkenaan.

Israel berdepan tekanan antarabangsa yang kian meningkat susulan keadaan kemanusiaan di Gaza yang disifatkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Mei sebagai ‘krisis kebuluran terburuk di dunia’.

GHF mula mengagihkan bantuan pada akhir Mei, bagaimanapun operasinya dicemari huru-hara dan berpuluh-puluh kematian.

PBB dan kumpulan bantuan utama enggan bekerjasama dengan pertubuhan itu kerana isu berkecuali yang mereka sifatkan melanggar prinsip asas kemanusiaan.

Sumber: Buletin Tv3

#beritahariini

Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang. Klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Peperangan dan Konflik Berterusan Tanpa Penghujung

Next Post

Siren Kecemasan Bergema, Tel Aviv Diserang Bertubi-tubi Lagi Oleh Iran

Related Posts