Serangan ke atas Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) adalah sebahagian tindakan 75 tahun Israel untuk menghapuskan rakyat Palestin daripada sejarah, dalam konteks genosid di Gaza, Agensi Anadolu memetik seorang bekas pegawai UNRWA.
Lex Takkenberg, yang memegang pelbagai jawatan kanan di UNRWA selama 31 tahun, bercakap mengenai serangan berterusan Israel ke atas UNRWA, sekatan semasa beliau berkhidmat dan tekanan yang semakin meningkat kebelakangan ini.
Takkenberg, pengarang bersama buku “Palestinian Refugees in International Law” bersama Pelapor Khas PBB mengenai Palestin, Francesca Albanese berkata sasaran Israel terhadap UNRWA adalah sebahagian rancangan “memadamkan” kehadiran fizikal rakyat Palestin, institusi mereka, sistem pendidikan dan sejarah.
Sumber: Bernama
#beritahariini #sebarkankemenangan #akhiripenjajahan #ummahfadhilah #bumimikraj
Join telegram channel untuk dapatkan lebih banyak info Bumi Mikraj, Palestin : klik telegram.me/BumiMikraj