Palestin Tidak Akan Hilang! Rakyat Akan Terus Pertahan Kesucian Baitul Maqdis – Duta

Duta P4l35t1n ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menegaskan negara itu akan terus mempertahankan kesucian Baitulmuqaddis.

Riyad Mansour berkata walau 15r43l semakin meluaskan pencerobohannya namun P4l35t1n dan rakyatnya tidak akan hilang, lapor IRNA.

“Rakyat P4l35t1n berdepan dengan kematian, rampasan dan perpindahan sekali lagi, tetapi sekali lagi kami tidak akan hilang.

“Kami berakar di tanah kami seperti pokok zaitun,” katanya ketika berucap di Majlis Keselamatan PBB (UNSC) semalam.

Riyad berkata UNSC perlu mengambil tindakan segera kerana krisis kebuluran di G4z4 semakin meruncing.

Katanya, 15r43l sengaja menjadikan kebuluran di G4z4 dalam memastikan agenda genosida mereka tercapai.

“15r43l sudah memutuskan kebuluran sebagai kaedah perang bagi tujuan pembersihan etnik dan melaksanakan objektif penjajahannya.

“Apa yang kami beri amaran, semua dinafikan 15r43l dan berlaku di hadapan mata kami.

“Kami berada di peringkat akhir rancangan terancang mereka untuk mengosongkan kawasan luas G4z4 daripada penduduk P4l35t1n,” katanya.

Tv Pertiwi

#beritahariini #sebarkankemenangan #akhiripenjajahan #ummahfadhilah #bumimikraj

Join telegram channel untuk dapatkan lebih banyak info Bumi Mikraj, Palestin : klik telegram.me/BumiMikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Serangan Israel Terhadap UNRWA Adalah Usaha Untuk ‘Melenyapkan’ Rakyat Palestin Dari Sejarah

Next Post

Mari Lebih Serius Dalam Boikot

Related Posts