
Kumpulan anti-rejim Bashar Al-Assad mendakwa lebih 12 kubur besar ditemui di wilayah Daraa, selatan Syria dipercayai mangsa penindasan kerajaan terdahulu.
Mereka mendakwa kubur berkenaan sedang digali bagi meneruskan kerja pencarian mangsa dan anggota keluarga yang dilaporkan hilang, lapor Anadolu.
“Setakat ini 31 mayat sudah ditemui dan jumlah itu mungkin meningkat dengan penduduk tempatan turut membantu dalam kerja penggalian,” katanya.
Sebuah kubur besar sebelum ini ditemui di Jambatan Baghdad di luar Damsyik dipercayai menempatkan mayat penyeksaan ketika rejim Assad.
Mayat yang dikebumikan di perkuburan berkenaan dipercayai meninggal dunia ketika berada di Penjara Sednaya di Damsyik.
Mereka ditanam secara bertindan-tindan dengan karung dilabelkan kod penjara dan nama masing-masing.
Proses penggalian semula menyaksikan guni-guni yang mengandungi serpihan mayat dibawa keluar dari kawasan perkuburan tersebut.- Tv Pertiwi
#beritahariini #bumimikraj
‘Sebarkan Kemenangan, Akhiri Penjajahan’
Join telegram channel untuk dapatkan lebih banyak info Bumi Mikraj, Palestin : klik t.me/bumimikraj