Hamas Diminta Untuk Berdamai Sepenuhnya Dengan Israel

BANGI, 23 Rejab — Menteri Ekonomi Israel membayangkan pembangunan semula Gaza tidak akan berlaku jika Hamas enggan berdamai sepenuhnya dengan negara haram itu.

Nir Barkat berkata Gaza mampu berubah menjadi Dubai jika Hamas bersedia menormalisasi hubungannya dengan Israel, lapor Reuters.

“Persoalan utama adalah jika mereka mahu membina bandar seperti Dubai atau membina semula Gaza seperti dulu?

“Dubai mengiktiraf negara Israel. Mereka memfokuskan ekonomi pelbagai. Kami mahu melihat Dubai di rantau kami, bukannya Gaza,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu sebelum ini berikrar tidak akan menghentikan serangan sehingga Hamas berjaya dihapuskan.

Katanya, tiada keamanan dan keselamatan yang berpanjangan di Israel selagi pasukan pejuang Hamas tidak dihapuskan.

Sejak tercetusnya Taufan Al-Aqsa, lebih 46,000 nyawa rakyat Gaza menjadi korban dengan lebih dua juta rakyatnya hilang tempat tinggal.

Gencatan senjata di Gaza menyaksikan Hamas kembali mengawal bandar itu dengan memberi kawalan keselamatan dan memulihkan infrastruktur yang terjejas.

Barkat berkata Israel belum memutuskan sama ada mahu menyumbang untuk membangunkan semula Gaza namun sedia bekerjasama dengan negara sekutu.

Katanya, Abraham Accords yang pernah diusahakan Donald Trump ketika menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS) kali pertama mampu dirintis semula kali ini. – Tv Pertiwi

#beritahariini #bumimikraj

‘Sebarkan Kemenangan, Akhiri Penjajahan’

Join telegram channel untuk dapatkan lebih banyak info Bumi Mikraj, Palestin : klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Rundingan Gencatan Senjata Fasa Dua Diteruskan

Next Post

Israel Lancar Serangan Bertubi-Tubi Di Tebing Barat

Related Posts