ICRC, PBB Bantah Cadangan Trump Usir Rakyat Palestin

BANGI, 28 Rejab — Suruhanjaya Palang Merah Antarabangsa (ICRC) mengecam cadangan Presiden Amerika Syarikat (AS) yang mahu memindahkan dua juta rakyat Palestin ke Mesir dan Jordan.

ICRC berkata cadangan Donald Trump itu bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan diklasifikasikan sebagai jenayah perang, lapor Middle East Eye.

“Peraturan ini merupakan undang-undang antarabangsa yang mengikat semua negara dan tidak dapat ditolak,” katanya.

Trump minggu lalu bercadang mahu memindahkan rakyat Gaza selepas menyifatkan wilayah itu mengalami kemusnahan teruk dibedil Zionis.

Katanya, cadangan itu sudah disuarakan kepada Raja Jordan, Raja Abdullah selepas melihat kemusnahan teruk di Gaza.

“Saya mahu Mesir dan Jordan mengambil rakyat Gaza,” katanya kepada pemberita.

Trump membayangkan cadangan pemindahan itu mungkin bersifat kekal atau sementara yang mendapat sokongan penuh puak kanan Israel.

Profesor Ardi Imseis dari Fakulti Undang-Undang Antarabangsa Universiti Queen, Canada pula menyifatkan cadangan Trump itu tidak sah dan tidak munasabah.

“Berdasarkan undang-undang jenayah antarabangsa, pemindahan paksa secara individu atau seluruhnya ke sesuatu wilayah atau negara lain dilarang apa pun motifnya,” katanya.

Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Palestin, Francesca Albanese turut mengecam cadangan melampau Trump itu.

“Pembersihan etnik sama sekali bukan cadangan terbaik, tidak kira bagaimana bentuknya. Ia tidak sah, tidak bermoral dan tidak bertanggungjawab,” katanya.- Tv Pertiwi

#beritahariini #bumimikraj

‘Sebarkan Kemenangan, Akhiri Penjajahan’

Join telegram channel untuk dapatkan lebih banyak info Bumi Mikraj, Palestin : klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kepulangan Rakyat Palestin Ke Utara Gaza Adalah Satu Kemenangan

Next Post

Malaysia, Jepun Segerakan Usaha Bina Semula Gaza

Related Posts