Rakyat Palestin Tidak Akan Diusir Dari Gaza – Trump

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menegaskan bahawa rakyat Palestin tidak akan diusir dari Gaza, walaupun sebelum ini beliau pernah mencadangkan rancangan untuk AS mengambil alih wilayah itu dan mengusir penduduknya.

Kenyataannya itu dibuat ketika bertemu Perdana Menteri Ireland, Micheal Martin, di White House.

Cadangan awal Trump mengenai Gaza telah mencetuskan kecaman hebat di peringkat antarabangsa.

Banyak pihak melihatnya sebagai usaha untuk mengubah demografi wilayah tersebut dan mengukuhkan kebimbangan rakyat Palestin bahawa mereka akan kehilangan tanah air mereka secara kekal.

Negara-negara Arab, termasuk Mesir, Jordan, dan negara Teluk, menyuarakan kebimbangan bahawa sebarang usaha sedemikian boleh mengancam kestabilan rantau ini.

Sebagai tindak balas, negara-negara Arab meluluskan pelan pembinaan semula Gaza bernilai AS$53 bilion, yang diketuai oleh Mesir.

Langkah itu bertujuan memastikan rakyat Palestin tidak dipindahkan secara paksa dari tanah mereka dan membantu membangunkan semula infrastruktur yang musnah akibat konflik.

Menteri-menteri luar Arab juga mengadakan mesyuarat di Doha bagi membincangkan pelaksanaan pelan tersebut.

Mereka bersetuju untuk meneruskan rundingan dengan utusan khas AS, Steve Witkoff, bagi memastikan projek pembinaan semula Gaza berjalan dengan lancar sebagai alternatif kepada cadangan Trump.

Kenyataan Trump itu dibuat selepas Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich, mengumumkan rancangan untuk membuka sebuah pejabat baharu di bawah Kementerian Pertahanan Israel yang dikenali sebagai “Pihak Berkuasa Imigrasi”.

Pejabat itu bertujuan menguruskan pemindahan paksa rakyat Palestin dari Gaza, menurut laporan media.

Smotrich mendakwa rancangannya mendapat sokongan daripada pentadbiran Trump, menimbulkan kebimbangan lebih lanjut mengenai nasib rakyat Palestin di wilayah tersebut.

Meskipun terdapat tekanan antarabangsa, isu pemindahan rakyat Palestin dari Gaza terus menjadi perdebatan hangat, dengan negara-negara Arab berusaha mencari jalan penyelesaian bagi memastikan kestabilan dan hak rakyat Palestin tetap terpelihara.- Buletin Tv3

#bumimikraj

Join telegram channel untuk dapatkan lebih banyak info Bumi Mikraj, Palestin : klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Angka Korban Gaza Telah Mencecah 48,515 Orang

Next Post

Nasib 127 Rakyat Palestin Masih Belum Pasti, Proses Penghantaran Pulang Tertangguh

Related Posts