Angka Korban Gaza Telah Mencecah 48,515 Orang

GAZA – Sumber perubatan mengumumkan pada Rabu bahawa jumlah kematian di Gaza telah meningkat kepada 48,515, dengan majoritinya terdiri daripada kanak-kanak dan wanita, sejak bermulanya serangan tentera Israel pada 7 Oktober 2023.

Menurut Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA), jumlah kecederaan telah meningkat kepada 111,941, sejak bermulanya serangan itu, sementara sejumlah mangsa masih berada di bawah runtuhan, dan pasukan ambulans serta pertahanan awam tidak dapat sampai ke lokasi itu.

Mereka mengesahkan bahawa 12 rakyat Palestin yang terkorban dan 14 yang cedera telah dibawa ke hospital-hospital di Gaza dalam tempoh 24 jam yang lepas. – Bernama

#bumimikraj

Join telegram channel untuk dapatkan lebih banyak info Bumi Mikraj, Palestin : klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Ketamakan Amerika Terhadap Gaza: Masih Mahu Berdiam Diri?

Next Post

Rakyat Palestin Tidak Akan Diusir Dari Gaza – Trump

Related Posts