WFP Lapor Situasi Terdesak Dua Juta Penduduk Gaza, Kini Hidup Bergantung Bantuan

ROM: Program Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (WFP) memberi amaran mengenai krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Semenanjung Gaza, dengan hampir dua juta penduduk — kebanyakannya pelarian — kini hidup tanpa sebarang sumber pendapatan dan bergantung sepenuhnya kepada bantuan kemanusiaan bagi memenuhi keperluan makanan asas.

WFP menyuarakan kebimbangan terhadap bahaya yang semakin meningkat kepada ratusan ribu penduduk Gaza, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Agensi itu menzahirkan kegusaran terhadap kejatuhan mendadak stok makanan dan memberi amaran bahawa rantau itu berada di ambang bencana kemanusiaan yang besar.

WFP menegaskan situasi kritikal itu ditambah dengan penutupan berterusan lintasan sempadan oleh Israel, menghalang penghantaran bekalan makanan penting ke wilayah yang dikepung itu.

Agensi itu menegaskan bahawa Gaza amat memerlukan sumber makanan yang berterusan dan tidak terganggu bagi mengelakkan sistem keselamatan makanan runtuh.

WFP turut memberi amaran tentang kesan buruk yang bakal berlaku sekiranya keadaan ini berlarutan, dengan menekankan bahawa penduduk awam Palestin di Gaza sudah pun berdepan situasi kemanusiaan yang amat kritikal, termasuk kekurangan sumber asas untuk kelangsungan hidup.– BERNAMA

Sumber: Astro Awani

#beritahariini

Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang. Klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

UNRWA Beri Amaran Gaza Semakin Kritikal Akibat Serangan dan Sekatan Israel

Next Post

Wartawan Dokumentari Gaza Kini Jadi Mangsa Kekejaman Israel, 7 Ahli Keluarga Turut Terbunuh

Related Posts