Israel Masih Enggan Gencatan Senjata Meski Hamas Bebaskan Tebusan

BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menegaskan bahawa pembebasan seorang tebusan warga AS-Israel oleh Hamas tidak akan mengubah pendirian Israel terhadap gencatan senjata di Gaza.

Beliau menekankan, serangan Israel ke atas Gaza akan diteruskan meskipun konflik kini memasuki hari ke-71.

Israel juga tidak akan membebaskan tahanan Palestin mahupun bersetuju kepada sebarang gencatan senjata.

Dalam kenyataan rasminya, Netanyahu menyatakan, rundingan pembebasan semua tebusan akan diteruskan di tengah-tengah pertempuran dan ketika Israel bersedia meningkatkan operasinya.

Semalam, Hamas mengumumkan akan membebaskan Edan Alexander, seorang askar berusia 21 tahun yang memiliki kewarganegaraan AS dan Israel.

Hamas turut menyatakan, mereka sedang menjalankan rundingan secara langsung dengan Amerika Syarikat mengenai kemungkinan gencatan senjata.

Namun, menurut Netanyahu, Israel tidak memberikan sebarang jaminan kepada gencatan senjata atau pembebasan tahanan Palestin, sebaliknya hanya bersetuju membuka laluan selamat untuk pembebasan Edan.

Beliau menyatakan, komitmen Hamas itu tercapai hasil tekanan ketenteraan Israel.

Netanyahu menambah, rundingan penting sedang berlangsung, yang berpotensi membawa kepada pembebasan lebih banyak tebusan.

Sebelum itu, dua pegawai Hamas memaklumkan, rundingan masih berjalan di Doha, Qatar bersama pihak AS dan menunjukkan kemajuan.

Sumber: Buletin Tv3

#beritahariini

Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang. Klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

“Rakyat Gaza Bakal Bertambah Derita Jika Israel Urus Bantuan” – UNICEF

Next Post

“2.1 Juta Nyawa Terancam, Sekatan Ke Atas Gaza Mesti Dihentikan” – OCHA

Related Posts