“Rakyat Gaza Bakal Bertambah Derita Jika Israel Urus Bantuan” – UNICEF

GENEVA: Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada Jumaat mengkritik rancangan awal yang dikemukakan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel untuk mengambil alih pengagihan bantuan kemanusiaan di Gaza, dengan menyifatkannya sebagai tindakan yang hanya akan menambah penderitaan kanak-kanak dan keluarga Palestin.

Jurucakap UNICEF, James Elder, berkata rancangan yang dikemukakan Israel dilihat akan meningkatkan penderitaan sedia ada rakyat Gaza, khususnya golongan rentan.

Kritikan itu muncul susulan cadangan penubuhan Gaza Humanitarian Foundation, yang dikatakan akan mengagihkan makanan menerusi empat Tapak Pengagihan Selamat, satu pendekatan yang menyerupai pelan Israel sebelum ini yang turut ditolak oleh badan bantuan antarabangsa kerana dikhuatiri akan memburukkan lagi pemindahan paksa terhadap penduduk Gaza.

“Saya juga merujuk kenyataan ini kepada rancangan penubuhan yayasan baharu itu, kerana ia difahami sebagai sebahagian daripada pelan yang sama luasnya,” kata Elder.

Terdahulu, Jabatan Negara AS menyatakan bahawa satu penyelesaian bagi membolehkan bantuan makanan disampaikan ke Gaza hanya tinggal beberapa langkah dan pengumuman rasmi akan dibuat tidak lama lagi.

Bagaimanapun, komuniti bantuan kemanusiaan telah menyatakan penolakan terhadap sebarang rancangan yang memberi kuasa kepada Israel untuk terlibat dalam pengagihan bantuan di wilayah bergolak itu.

Dokumen Yayasan tersebut menyatakan lokasi pengagihan akan bersifat neutral, manakala Duta AS ke Israel, Mike Huckabee, menegaskan Israel tidak akan terlibat secara langsung dalam pengagihan bantuan.

Namun, Elder memberi amaran bahawa pelaksanaan langkah itu berisiko mewujudkan ancaman keselamatan kepada keluarga yang terdesak mendapatkan bantuan serta memperhebat perpindahan paksa penduduk. foto buletin tv3

Sumber: Buletin Tv3

#beritahariini

Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang. Klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Ibu Di Gaza ‘Wanita Terkuat Di Dunia’ Walau Diuji Perang dan Kehilangan

Next Post

Israel Masih Enggan Gencatan Senjata Meski Hamas Bebaskan Tebusan

Related Posts