
GAZA, 17 April – Rakyat Palestin berhimpun di Gaza City sempena Hari Tahanan Palestin bagi membantah cadangan undang-undang hukuman mati oleh Israel dan menggesa hukuman itu dimansuhkan.
Ahli keluarga tahanan, aktivis serta petugas kesihatan berhimpu di luar pejabat Palang Merah dengan membawa gambar individu yang ditahan.
Jurucakap Fatah, Monther al-Hayek, menggesa komuniti antarabangsa campur tangan serta menyeru perpaduan dalam kalangan rakyat Palestin.
Pengarah Perkhidmatan Perubatan Gaza, Fares Afarneh, berkata penahanan petugas kesihatan merupakan isu serius yang memerlukan perhatian global.
Beliau turut menggesa tekanan antarabangsa bagi memastikan pembebasan tahanan termasuk petugas kesihatan dan ambulans.
Pihak berkuasa Gaza memaklumkan kira-kira 362 petugas kesihatan ditahan sejak Oktober lalu.
Demonstrasi turut diadakan di beberapa bandar Tebing Barat sempena sambutan tahunan Hari Tahanan Palestin. – VIORY
Sumber: Berita RTM