
GAZA: Pejabat media kerajaan Gaza menuduh tentera Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai harian sebagai sebahagian daripada dasar sistematik untuk melakukan genosid.
Dalam satu kenyataan, pejabat itu menyatakan bahawa serangan berterusan ke atas fasiliti perubatan jelas bertujuan meningkatkan jumlah kematian serta menghalang mangsa daripada menerima rawatan yang boleh menyelamatkan nyawa.
“Tindakan yang begitu kejam ini pastinya tidak diragui lagi akan niat pendudukan untuk melakukan genosid yang terancang,” menurut kenyataan itu.
Pejabat media Gaza turut menyelar sekutu Israel di peringkat global, termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman dan Perancis, sebagai bersubahat serta menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan organisasi hak asasi antarabangsa mengambil tindakan segera untuk menghentikan genosid ini.
“Sejarah tidak akan melupakan, dan hati nurani dunia kini menghadapi ujian kritikal: sama ada ia berdiri teguh atas kebenaran, keadilan, dan kemanusiaan – atau ia tercatat dalam lembaran kehinaan dan persekongkolan,” ujar kenyataan tersebut.
Sumber: Astro Awani
#beritahariini
Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang. Klik t.me/bumimikraj