
GAZA: Israel mengeluarkan arahan pemindahan paksa baharu sebentar tadi bagi penduduk di Khan Younis, Bani Suhaila, Abasan dan al-Qarara di selatan Gaza, ketika serangan udara dan darat semakin meningkat.
Jurucakap tentera Israel, Avichay Adraee, dalam satu kenyataan di platform X, berkata serangan kali ini adalah yang lebih dahsyat dan belum pernah berlaku bagi menghapuskan keupayaan Hamas.
Penduduk diarahkan berpindah ke kawasan al-Mawasi, yang telah ditetapkan sebagai zon pemindahan.
Bagaimanapun, kawasan al-Mawasi, yang digelar sebagai zon selamat, telah beberapa kali menjadi sasaran serangan udara Israel, menyebabkan kebimbangan dalam kalangan organisasi kemanusiaan yang menegaskan bahawa tiada tempat yang benar-benar selamat di Gaza.
Arahan pemindahan ini adalah sebahagian daripada operasi ketenteraan besar-besaran Israel yang telah menyebabkan ribuan penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal.
Pihak berkuasa tempatan dan badan antarabangsa terus menggesa gencatan senjata segera bagi menghentikan penderitaan rakyat Palestin.
Sumber: Astro Awani
#beritahariini
Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang. Klik t.me/bumimikraj