Hentikan Perang! Sepanyol Gesa Sekatan Senjata Antarabangsa Ke Atas Israel

MADRID: Kerajaan Sepanyol menggesa sekatan senjata antarabangsa dikenakan ke atas kerajaan Israel bagi menamatkan perang dan bencana kemanusiaan di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Kita semua mesti bersetuju untuk melaksanakan sekatan senjata secara bersama.

“Perkara terakhir yang diperlukan oleh Timur Tengah ketika ini ialah lebih banyak senjata,” kata Menteri Luar Sepanyol, Jose Manuel Albares kepada wartawan pada permulaan mesyuarat menteri-menteri Kumpulan Madrid di ibu negara Sepanyol pada Ahad.

Albares turut menggesa “penggantungan serta-merta” terhadap perjanjian kerjasama antara Kesatuan Eropah (EU) dan Israel — satu langkah yang kini sedang dipertimbangkan di Brussels — serta pelaksanaan sekatan bersasar ke atas individu yang “menghalang penyelesaian dua negara”.

Sekiranya perlu, sekatan juga harus dikenakan terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, tegas Albares.

Albares berkata tiada alternatif lain selain penyelesaian dua negara bagi mencapai keamanan yang berkekalan dan adil di rantau itu.

Kerajaan Sepanyol kini merupakan antara pengkritik paling lantang terhadap tindakan ketenteraan Israel di Gaza dalam kalangan negara Eropah.
— BERNAMA

Sumber: Astro Awani

#beritahariini

Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang. Klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Ribuan Pendatang Haram Yahudi Cemar Masjid Al-Aqsa

Next Post

Israel Arah Kosongkan Selatan Gaza, Ancam Serangan Paling Ganas

Related Posts