
TEBING BARAT: Pemimpin kanan rejim Israel dari sayap kanan ekstrem, Itamar Ben-Gvir, bersama beberapa ahli politik lain, antara ribuan pendatang haram Yahudi yang menceroboh kawasan Masjid Al-Aqsa dan sekitarnya sempena sambutan “Hari Baitulmaqdis” bagi memperingati penjajahan wilayah Palestin oleh rejim itu.
Ben-Gvir yang memegang portfolio keselamatan memuat naik video di akaun media sosialnya dari lokasi yang dianggap ketiga paling suci dalam Islam.
Dengan sokongan pasukan bersenjata rejim, Ben-Gvir sebelum ini sudah beberapa kali melakukan tindakan provokatif di kawasan suci Masjidil Aqsa, terutama ketika saat-saat kritikal dalam konflik Gaza.
Ben-Gvir dengan biadap menyeru tindakan ketenteraan lebih keras ke atas Gaza serta menyekat sepenuhnya bantuan kemanusiaan ke wilayah itu.
Tindakan biadap sekumpulan besar pendatang haram Yahudi ini turut menyaksikan ada yang mengibarkan bendera Israel, melaungkan slogan provokatif dan melakukan ritual keagamaan sejak awal pagi.
Ribuan polis rejim yang lengkap bersenjata dikerahkan lebih awal bagi melindungi pendatang haram Yahudi yang sering melakukan serangan, gangguan, dan keganasan terhadap rakyat Palestin dan harta benda mereka. – AL JAZEERA
Sumber: Buletin Tv3
#beritahariini
Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang. Klik t.me/bumimikraj