UNRWA Kecam Serbuan Bersenjata Israel Di 3 Buah Sekolah, Baitulmaqdis Timur

NEW YORK: Tiga sekolah UNRWA di Baitulmuqaddis Timur yang diduduki telah diserbu oleh tentera Israel lengkap bersenjata, memaksa lebih 550 pelajar meninggalkan bilik darjah, kata Ketua Pesuruhjaya Agungnya Philippe Lazzarini, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).

Lazzarini menerusi hantaran di platform X menyifatkan serbuan itu sebagai “serangan terhadap kanak-kanak dan pendidikan” serta “pengabaian terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa.”

“Akibatnya, UNRWA terpaksa memindahkan semua kanak-kanak di enam sekolah yang dikendalikannya di Baitulmuqaddis Timur,” katanya.

Beliau turut mengesahkan seorang kakitangan UNRWA telah ditahan.

“Kini, hampir 800 kanak-kanak perempuan dan lelaki – ada yang berumur seawal enam tahun – mengalami kejutan dan trauma,” tambah Lazzarini.
— BERNAMA

Sumber: Astro Awani

#beritahariini

Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang. Klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Masyarakat Perlu Terus Bersolidariti Dengan Palestin Melalui Doa & Menyumbang Dalam Pelbagai Bentuk

Next Post

Contohi Semangat Juang Wanita Palestin, Inspirasi Untuk Semua Wanita

Related Posts