Doktor Tanpa Sempadan Desak Bantuan Segera Disalurkan Ke Gaza

BERLIN: Pertubuhan Doktor Tanpa Sempadan menggesa pihak berkuasa Israel membenarkan “aliran bantuan kemanusiaan yang mencukupi dan tanpa halangan” ke Semenanjung Gaza yang masih dikepung, susulan permulaan gencatan senjata dalam perang dua tahun itu pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Organisasi bantuan itu dalam kenyataannya berkata pemindahan segera pesakit yang memerlukan rawatan pakar juga mesti dibenarkan.

“Gencatan senjata ini mesti disertai dengan peningkatan besar dan berterusan dalam penyaluran bantuan ke seluruh Gaza, termasuk ke bahagian utara,” kata agensi itu.

Doktor Tanpa Sempadan menegaskan bahawa penderitaan penduduk Gaza masih belum berakhir.

“Rakyat Palestin di Gaza yang terselamat daripada perang kini hidup dalam runtuhan bekas kediaman mereka dan berdepan keperluan perubatan, psikologi dan material yang amat tinggi,” katanya.

Terdapat keperluan mendesak untuk bekalan asas di Semenanjung Gaza termasuk peralatan perubatan, ubat-ubatan, makanan, air, bahan api dan tempat perlindungan yang mencukupi, menurut pertubuhan itu.

Kebanyakan penduduk kini berdepan musim sejuk yang bakal tiba tanpa tempat berteduh, katanya lagi.

Israel mengawal akses ke Semenanjung Gaza dan mesti membenarkan serta menjamin keselamatan konvoi kemanusiaan.

Gencatan senjata yang dipersetujui antara Israel dan Hamas bertujuan membolehkan penghantaran bantuan baharu. Bagaimanapun, langkah seterusnya ke arah keamanan berkekalan masih belum dimuktamadkan.

– BERNAMA-dpa

Sumber: Berita Harian

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

“Sungguh, Rasanya Seperti Kami Dilahirkan Semula” – Penduduk Gaza

Next Post

Penduduk Palestin Kembali Ke Gaza Selepas Gencatan Senjata

Related Posts