Terkini: 3 Orang Terbunuh Dalam Serangan Israel Di Gaza

GAZA: Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh di Gaza dalam tempoh 24 jam akibat serangan tentera Israel, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

Pasukan Perlindungan Awam Palestin dalam pada itu menemui 35 mayat di Gaza City dan dihantar ke Hospital al-Shifa untuk pengesahan identiti.

Di Tebing Barat pula, tentera Israel menahan beberapa pendatang haram Yahudi dalam insiden serangan dan kebakaran yang mengakibatkan empat warga Palestin cedera, menurut laporan media WAFA.

Juga terdapat laporan, seorang pemuda Palestin cedera ditembak oleh tentera Israel semasa serbuan di bandar ‘Aqqaba, utara Tubas, menurut sumber perubatan.

Sebelum itu, tentera Israel dilaporkan menembak peluru hidup dan melepaskan bom bunyi dalam pertembungan dengan sekumpulan belia di Tubas.

Hari yang sama turut menyaksikan seorang wanita Palestin cedera selepas ditahan dan diserang oleh tentera rejim di pintu masuk Kem Pelarian Al-Fawwar, selatan bandar Hebron, menurut sumber keselamatan. AGENSI

Sumber: Buletin Tv3

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Gencatan Senjata di Gaza: Realiti Damai atau Sekadar Taktik Sementara?

Next Post

Israel Halang Kemasukan Satu Juta Picagari Vaksin Kanak-Kanak Gaza

Related Posts