
LONDON, 9 Rejab 1445H, Khamis – Ireland secara rami menyertai kes genosid yang difailkan Selatan Afrika terhadap Israel, menurut pengumuman yang dibuat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
Dalam kenyataan media ringkas, ICJ menyatakan bahawa Ireland telah menyertai negara-negara lain iaitu Nicaragua, Colombia, Mexico, Libya, Bolivia, Turkiye, Maldives, Chile, Sepanyol, dan Palestin dalam memohon untuk campur tangan dalam kes tersebut.
Afrika Selatan dilapor kan mengemukakan dokumen terperinci kepada ICJ yang mengandungi bukti forensik berhubung dakwaan jenayah genosid oleh negara haram itu di Gaza.
Langkah ini diambil sebagai usaha untuk memberi tekanan kepada masyarakat antarabangsa agar mengambil tindakan terhadap serangan yang dilakukan oleh Israel di wilayah Palestin. – Agensi
Ismaweb
#beritahariini #bumimikraj
‘Sebarkan Kemenangan, Akhiri Penjajahan’
Join telegram channel untuk dapatkan lebih banyak info Bumi Mikraj, Palestin : klik t.me/bumimikraj