
Di bawah pentadbiran British sejak tahun 1920, Palestin menjadi medan pertempuran antara golongan nasionalis Palestin dan Zionis, iaitu kumpulan yang menentang mandat British dan juga saling menentang antara satu sama lain.
Penentangan Palestin memuncak dalam pemberontakan Arab tahun 1936–1939 di Palestin, satu konflik sivil berdarah yang mengakibatkan kematian hampir 5,000 orang Arab Palestin dan 500 orang Yahudi. Malah ia memaksa sebahagian besar kepimpinan politik Palestin, termasuk Amin al-Husseini, pemimpin Al-Majlis al-Islāmī al-Aʻlá, ke dalam buangan. Britain juga mengurangkan imigresen Yahudi sebagai tindak balas terhadap keganasan, seperti yang digubal dalam Kertas Putih 1939.
Sekumpulan dari Palmach (Palmach, akronim untuk Plugot Ma’hatz (Kompeni Serangan), adalah pasukan tempur elit Haganah, tentera bawah tanah komuniti Yahudi di Palestin Bermandat semasa pemerintahan British. Ditubuhkan pada tahun 1941, Palmach memainkan peranan penting dalam penubuhan negara Israel dan meninggalkan legasi yang kekal dalam masyarakat Israel) yang terdiri daripada unit berperisai, batalion kejuruteraan, dan sekitar 500 pejuang dari Haganah.
.
Mereka pada 3 April 1948 telah melancarkan serangan mengejut ke atas kampung ini untuk memecahkan sekatan yang dikenakan. Matlamat mereka adalah untuk mendapatkan laluan bekalan untuk kira-kira seratus ribu orang Yahudi di Baitulmaqdis Barat dan penempatan sekitarnya. Kampung itu tidak berkubu.
Pada 7 April 1948, Komander Abdel Qader al-Husseini mengetuai sepasukan pejuang untuk merampas semula kampung Al-Qastal. Selepas pertempuran sengit, anak buah Abdel Qader al-Husseini berjaya mengepung kampung itu. Sebahagian daripada mereka melancarkan serangan ke atas geng-geng Yahudi bersenjata yang bertapak di kampung itu, tetapi disebabkan oleh perbezaan peralatan dan peluru, percubaan pejuang gagal.
Pada 9 April 1948, Abdel Qader dan sahabat-sahabatnya bertempur dengan sengit, berjaya menghalau orang Yahudi keluar dari Al-Qastal. Walau bagaimanapun, beliau syahid semasa pertempuran. Selepas kesyahidannya, ramai pejuang meninggalkan kampung itu. Mengambil kesempatan daripada keadaan ini, orang Yahudi kembali, menduduki semula kampung itu, dan memusnahkan rumah-rumah, kubu pertahanan, dan masjidnya. Maka, kampung itu jatuh untuk kali kedua.
𝗦𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗣𝗹𝗮𝗻 𝗗𝗮𝗹𝗲𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗺𝗲𝗿𝗱𝗲𝗸𝗮𝗮𝗻 𝗜𝘀𝗿𝗮𝗲𝗹
Serangan ini sangat mempercepatkan pengusiran dan pelarian rakyat Palestin pada tahun 1948, yang dilakukan melalui pelbagai cara ganas, termasuk beberapa pembunuhan beramai-ramai seperti pembunuhan beramai-ramai Deir Yassin yang mendapat publisiti luas.
Rakyat Palestin menyambut Hari Nakba pada 15 Mei, iaitu sehari selepas ulang tahun pengisytiharan penubuhan Negara Israel, yang disambut oleh Israel sebagai Hari Kemerdekaannya. Nakba (Arab: النَّكْبَة, an-Nakba, lit. ‘bencana’) merujuk kepada pembersihan etnik terhadap rakyat Arab Palestin oleh golongan Zionis melalui penyingkiran secara paksa dan pelucutan hak milik tanah, harta benda, serta kemusnahan masyarakat mereka dan penindasan budaya, identiti, hak politik, dan aspirasi nasional mereka.
𝗔𝗹-𝗤𝗮𝘀𝘁𝗮𝗹 𝗣𝗮𝗱𝗮 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗜𝗻𝗶
Parit-parit tentera kelihatan di utara dan timur kubu. Pokok-pokok carob, ara dan zaitun tumbuh di bahagian utara dan barat tapak, manakala kaktus tumbuh di bahagian selatan. Keseluruhan tapak, termasuk sebahagian daripada kubu, telah bertukar menjadi tarikan pelancong Israel.
Pada tahun 1951, penempatan Maoz Zion dibina di atas tanah-tanah kampung tersebut. Selepas itu, ia digabungkan dengan penempatan Mevaseret Yerushalayim, yang ditubuhkan pada tahun 1956 di atas tanah-tanah Qalunya, untuk membentuk pinggir bandar Baitulmaqdis yang dikenali sebagai Mevaseret Zion.
https://pal48.ps/en
https://mappingmena.org/map/israel/al-qastal-jerusalem-battle-fall-1948