HAMAS menjawab SU PBB berhubung kenyataannya tentang peristiwa 7 Oktober 2023

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, Yang Maha Penyayang
๐—ž๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ
Sebagai ulasan terhadap apa yang terkandung dalam kenyataan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkaitan peristiwa 7 Oktober:
1. Kami dalam Gerakan Perjuangan Islam (Hamas) telah mengikuti kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Antรณnio Guterres, sempena ulang tahun Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober 2023. Namun, apa yang terkandung di dalamnya banyak berupa kekeliruan yang telah terbukti kepalsuannya serta bercanggah dnegan fakta-fakta yang ada. Dalam konteks ini, kami menegaskan perkara berikut:
2. Kami menyatakan penolakan keras kami terhadap apa yang terkandung dalam kenyataan itu berupa pengulangan penyebaran naratif palsu yang cuba disebarkan oleh musuh penjenayah dengan segala cara dan yang telah dibuktikan kepalsuannya oleh laporan hak asasi, siasatan kewartawanan penyiasatan dan pengakuan yang berturut-turut, terutamanya dakwaan berkaitan sasaran terhadap orang awam, serangan seksual, dan layanan buruk terhadap tahanan di pihak perjuangan.
3. Apa yang terkandung dalam kenyataan itu mewakili penerimaan yang keji terhadap naratif Zionis yang palsu dan mengelirukan, serta pemotongan peristiwa daripada konteks sejarahnya. Ia juga mengabaikan dekad-dekad penjajahan, sekatan, pembunuhan beramai-ramai dan pelanggaran terhadap rakyat kami, tanah kami, tempat suci kami dan tahanan kami. Bukan itu sahaja ia telah merampas hak daripada rakyat kami yang dizalimi, yang berada di bawah pendudukan fasis, hak mereka untuk mempertahankan diri dan menentang pendudukan menurut apa yang telah ditetapkan oleh syariat samawi dan undang-undang antarabangsa.
4. Kami juga mengecam bahasa yang dilembutkan yang digunakan dalam kenyataan itu dalam menggambarkan perang pembasmian yang dilancarkan oleh kerajaan penjenayah perang Netanyahu, yang dikehendaki oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa, ke atas rakyat kami yang tidak berdaya, dan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan semasa itu terhadap kanak-kanak, wanita dan warga emas, serta pemusnahan sistematik bandar-bandar dan infrastruktur awam yang dilindungi di bawah undang-undang antarabangsa. Kami menegaskan bahawa bahasa ini tidak akan mengubah hakikat jenayah kejam ini yang tidak pernah diketahui tandingannya dalam era moden.
5. Sambil kami menolak tuduhan palsu yang terkandung dalam kenyataan ini, kami menuntut Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menarik balik kenyataan ini dan kami menegaskan akan keperluan agar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan institusinya memikul tanggungjawab mereka dalam menamatkan penjajahan, menghentikan pencerobohan berterusan ke atas rakyat kami dan campur tangan segera untuk memberikan bantuan kepada lebih dua juta manusia yang terkepung di Semenanjung Gaza, serta bertindak untuk mengadili pemimpin penjajahan, penjenayah perang, di hadapan mahkamah antarabangsa atas jenayah mereka terhadap kemanusiaan.
Gerakan Perjuangan Islam โ€“ Hamas
Selasa: 06 Oktober 2026 Masihi
Bersamaan: 25 Rabiulakhir 1448 Hijrah

๐—ž๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—จ ๐—ฃ๐—•๐—•:
https://news.un.org/en/story/2026/10/1168530

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Pilihan Raya 27 Oktober: Antara Kemerosotan Netanyahu dan Persaingan Sengit Merebut Undi Arab

Pilihan Raya 27 Oktober: Antara Kemerosotan Netanyahu dan Persaingan Sengit Merebut Undi Arab

Next Post
4 syuhada termasuk anggota Pertahanan Awam dan beberapa yang lain cedera akibat serangan penjajah di Gaza

4 syuhada termasuk anggota Pertahanan Awam dan beberapa yang lain cedera akibat serangan penjajah di Gaza

Related Posts