Pemimpin Hama5, Mohammed Ibrahim Shaheen Syahid di Selatan Lubnan

Pemimpin Hamas, Mohammed Ibrahim Shaheen, terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kenderaannya di bandar Sidon, selatan Lubnan, menurut pengesahan Hamas pada Isnin.

Sayap bersenjata Hamas, Briged al-Qassam, memuji Shaheen atas “peranan penting dan sumbangan khas” beliau dalam perjuangan menentang Israel, termasuk semasa perang di Gaza.

Tentera Israel pula menyatakan bahawa Shaheen adalah pemimpin utama Hamas di Lubnan dan terlibat dalam pelancaran roket ke arah Israel.

Ketegangan Gencatan Senjata di Lubnan
Pembunuhan ini berlaku ketika Israel dituduh melakukan ratusan pelanggaran gencatan senjata di Lubnan dan Gaza.

Menurut perjanjian gencatan senjata, tentera Israel sepatutnya berundur sepenuhnya dari Lubnan pada hari Selasa. Namun, Israel berkeras mahu mengekalkan kawalan ke atas lima kedudukan strategik di selatan Lubnan.

Presiden Lubnan, Joseph Aoun, menyuarakan kebimbangan bahawa Israel mungkin tidak mematuhi perjanjian. Beliau menegaskan akan menggunakan “cara diplomatik” untuk memaksa Israel berundur.

Aoun berkata:

“Musuh Israel tidak boleh dipercayai, dan kami bimbang pengunduran penuh tidak akan berlaku esok. Tindak balas Lubnan akan melalui pendirian nasional yang bersatu.”

Israel mendakwa kawalan di lima lokasi tersebut penting bagi menghalang Hezbollah daripada memperkuatkan persenjataan mereka berhampiran sempadan.

Krisis Kemanusiaan di Lubnan

Namun, sejak gencatan kuasa pada 14 Februari, sekurang-kurangnya 57 rakyat Lubnan maut akibat serangan Israel.

Sejak konflik Lubnan-Israel tercetus pada Oktober 2023, lebih 4,000 orang terbunuh akibat serangan Israel.

Serangan besar-besaran Israel bermula pada akhir September 2023, dan dihentikan sementara dengan gencatan senjata pada November.

Sumber : Middle East Eye

Join telegram channel untuk dapatkan lebih banyak info Bumi Mikraj, Palestin : t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

500 Hari Taufan Al-Aqsa, Israel-AS Hanya Guna Ugutan & Hipokrit

Next Post

Hama5 dan Israel Sedia Bebaskan Lebih Banyak Tahanan Pada Fasa 2 Genjatan Senjata

Related Posts