500 Hari Taufan Al-Aqsa, Israel-AS Hanya Guna Ugutan & Hipokrit

Perang Israel di Gaza memasuki hari ke-500 ketika para perunding cuba memanjangkan gencatan senjata di wilayah tersebut selepas hampir runtuh minggu lalu.


Seorang lelaki Palestin meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami selepas serangan udara Israel di Gaza, menurut agensi berita Palestin WAFA. Kejadian ini berlaku selepas serangan udara Israel membunuh tiga anggota polis di Rafah yang sedang mengawal penghantaran bantuan. Hamas menyifatkan serangan tersebut sebagai pelanggaran terhadap gencatan senjata.


Di tengah ketegangan mengenai gencatan senjata di Gaza, Setiausaha Negara AS Marco Rubio tiba di Arab Saudi selepas lawatannya ke Israel hujung minggu lalu sewaktu 907KG bom MK-84 buatan AS sampai. Dalam lawatan tersebut, Netanyahu mengeluarkan ancaman terhadap Hamas dan Iran serta menegaskan sokongan terhadap rancangan menghalau penduduk Gaza seperti yang dicadangkan rakan jenayahnya, Donald Trump.


Rubio dijangka meneruskan dialog dengan Arab Saudi berhubung rancangan Trump, yang telah ditolak secara meluas di rantau tersebut. Rundingan fasa kedua gencatan senjata Gaza dijangka diteruskan, dengan kabinet keselamatan Israel dijadualkan bersidang pada hari Isnin untuk membincangkan perkara tersebut.


Sementara itu, di Tebing Barat yang dijajah, laporan menyatakan bahawa Israel sedang memajukan rancangan pembinaan 1,000 unit rumah penempatan haram berhampiran Baitulaham. Serangan Israel di kawasan tersebut, yang tertumpu di bahagian utara Tebing Barat, juga masih berterusan.

Sumber : The New Arab

t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

AS desak ‘keamanan’ di Timur Tengah, Tetapi Hantar 907kg Bom MK-84 ke Israel

Next Post

Pemimpin Hama5, Mohammed Ibrahim Shaheen Syahid di Selatan Lubnan

Related Posts