
Palestinian Information Centre melaporkan sekumpulan puak pelampau Israel meluaskan aktiviti rampasan tanah berdekatan kampung Al-Jiftlik di utara Jericho, Tebing Barat.
Aktiviti rampasan ini menggunakan jentera bulldozer berperisai tentera pengganas IOF, kemudian puak pelampau ini datang bersama-sama aset-aset dan tanaman.
Kumpulan itu telah menempatkan aset-aset mereka seperti kenderaan, rumah bergerak, tanaman-tanaman di sana kira-kira empat bulan lalu.
Agensi turut melaporkan ada sekumpulan pelampau Zionis di Vered Yeriho merampas lagi tanah yang luas berhampiran dengan kem Aqabat Jaber.
Sumber: Middle East Monitor (https://www.middleeastmonitor.com/20250205-israel-settlers-expand-outpost-seize-vast-tracts-of-land-in-jericho/)
#beritaterkini
#bumimikraj
__
‘Sebar Kemenangan, Akhiri Penjajahan’
Join telegram channel untuk dapatkan lebih banyak info Bumi Mikraj, Palestin : klik t.me/bumimikraj