Ketua Biro Politik Gerakan Hamas, Khalil al-Hayya, berkata bahawa adalah tidak boleh diterima pembunuhan dan kepungan yang terus belaku sedangkan perjanjian sudah dimetrai, sambil mengkritik pendirian Majlis Keamanan dan negara-negara penjamin perjanjian gencatan senjata di Gaza.
Al-Hayya menegaskan dalam satu kenyataan media pada Khamis, bahawa darah rakyat Palestin adalah mahal, sambil menegaskan bahawa dasar berdiam diri terhadap jenayah penjajahan tidak boleh diterima oleh Majlis Keamanan dan pihak penjamin. Beliau mengumumkan bahawa gerakan itu sedang berbincang dengan kuasa dan faksi Palestin mengenai cara menangani pelanggaran Israel terhadap perjanjian dan penerusan pembunuhan rakyat Palestin setiap hari.
Kenyataan al-Hayya itu dibuat selepas kesyahidan 10 rakyat Palestin pada Khamis dalam serangan udara dan tembakan Israel di Gaza. Enam daripada mereka syahid dalam dua pengeboman yang menyasarkan Jalan al-Nafaq di timur Bandar Gaza dan Kem al-Shati di baratnya, manakala Pemangku Menteri Pendidikan dan Pengajian Tinggi di Gaza, Khaled Abu Nada dan isterinya syahid dalam satu serangan ke atas sebuah apartmen kediaman di barat Deir al-Balah.
Dalam jumlah keseluruhan bagi 48 jam sebelumnya sehingga laporan itu dikeluarkan pada Khamis, Kementerian Kesihatan di Gaza menyatakan bahawa hospital-hospital Jaluran itu menerima 19 syahid dan 48 cedera. Menurut Kementerian itu, bilangan syahid sejak bermulanya gencatan senjata pada Oktober 2025 mencapai kira-kira 1,705 syahid, di samping 6,163 cedera.