Angka Kematian Di Gaza Mencecah 50,944 Sejak 7 Oktober 2023

GAZA: Pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza melaporkan jumlah kematian di Palestin mencapai 50,944 orang, dengan 116,156 yang lain cedera sejak tercetusnya konflik terbaru antara Hamas dan Israel pada 7 Oktober 2023.

Dalam tempoh 24 jam yang lalu, sebanyak 11 mayat dan 111 orang yang cedera dihantar ke institusi perubatan, menurut kenyataan pihak kesihatan.

Israel menyambung semula serangan ke atas Gaza pada 18 Mac selepas runtuhnya gencatan senjata selama dua bulan. Sejak itu, seramai 1,574 orang terbunuh dan 4,115 yang lain cedera.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) menyatakan pada hari Ahad bahawa mereka melancarkan serangan ke atas lebih 90 sasaran di Gaza dalam tempoh dua hari sebelumnya, termasuk Hospital Al-Ahli di Bandar Gaza.

Banyak fasiliti hospital tersebut, termasuk jabatan kecemasan, jabatan pembedahan dan farmasi, telah rosak atau musnah dalam serangan udara itu. Seorang pesakit turut meninggal dunia kerana tidak mendapat rawatan kecemasan apabila dipindahkan ke jalan raya.

Pihak berkuasa kesihatan Gaza mengecam serangan Israel terhadap hospital tersebut.

IDF mendakwa bahawa terdapat pusat komando Hamas di dalam hospital itu, dengan anggota bersenjata bersedia untuk menyerang Israel.

Sebagai tindak balas, Hamas menafikan dakwaan IDF itu sebagai pembohongan dan menggesa siasatan antarabangsa terhadap serangan ke atas hospital berkenaan.

Menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza, serangan Israel pada hari Ahad menyebabkan sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh di Gaza.

Pada hari yang sama, Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, menyatakan bahawa jika Hamas enggan membebaskan tahanan Israel, IDF akan menggandakan serangan di Semenanjung Gaza.

Hamas pula menuduh Israel cuba mengehadkan rundingan gencatan senjata kepada pertukaran tahanan sahaja, bukannya mencari jalan penyelesaian kekal untuk menamatkan konflik. REUTERS

Sumber: Buletin Tv3

#beritahariini

Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang. Klik t.me/bumimikraj

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Israel Makin Agresif Di Gaza

Next Post

Kanak-Kanak Maut, WHO Sahkan Hospital Al-Ahli Terhenti Operasi Akibat Serangan

Related Posts